Khairul Fahmi Akhirnya Bocor.
RedsFC
RedsFCNews@gmail.com
Selepas kebal mempertahankan pintu gol Kelantan sebelum ini, gawang Khairul Fahmi akhirnya bocor kepada Amri Yah Yah dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA, malam tadi.
Segalanya bermula pada minit akhir perlawanan, percubaan jarak jauh penyerang Selangor tersebut menerjah jaring walaupun Khairul Fahmi sudah melayangkan badan pada arah tepat untuk menepis sepakan itu.
Jelas terpancar kekecewaan penjaga gol muda Kelantan tersebut selepas dibolosi dengan jaringan Amri selepas dilihat melepaskan geram dengan melakukan sepakan kedalam gawang sendiri selain mempersalahkan barisan pertahanan yang diketuai S. Subramaniam.
Namun, tindakan Khairul Fahmi menerima komen positif dari ketua jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu ketika ditemuramah wartawan SuaraSukan. (klik untuk artikel dari Suara Sukan)
Jelas, rekod yang dipertahankan Khairul Fahmi selama 706 minit akhirnya berkecai kerana kesilapan para pemain Sang Kijang yang mudah puas hati setelah mendahului pihak lawan dengan jumlah jaringan besar.
SUMBER:REDSFC NEWS
SUMBER:REDSFC NEWS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan