6 Jun : Penentu Kelantan Atau Terengganu Sebagai Juara LSM 2011
PERSAINGAN TIGA PENJURU SEMAKIN RANCAK
TERENGGANU-KELANTAN-SELANGOR
Saingan tiga penjuru dalam kancah Liga Super musim 2011 kembali sengit apabila Kelantan dan Selangor berjaya mengumpul tiga mata di halaman sendiri pada aksi semalam untuk memberi cabaran kepada Terengganu.
Terengganu dilihat antara pasukan pilihan menjuarai
Liga Super musim ini selain Kelantan dan Selangor.
Terengganu yang sebelum ini gah dengan kemenangan 5-0 keatas Pahang terpaksa menelan kepahitan apabila mereka dikejutkan oleh Kedah dengan kekalahan 0-1 hasil jaringan pemain pelawat, Baddrol Bakhtiar pada minit ke42 perlawanan. Lebih malang lagi, Terengganu dipaksa turun ke tangga kedua Liga Super setelah Kelantan kembali mencatatkan kemenangan pada perlawanan mereka di Kota Bharu. Ternyata kemenangan 1-0 sudah memadai buat anak didik Datuk M.Karathu untuk terus memimpin Liga Super.
Ini sekaligus menyaksikan pertabalan Juara Liga Super 2011 masih terbuka dan pastinya tanggal 6 Jun bakal menjadi penentu selaku Juara Liga 'bayangan' buat Terengganu dan Kelantan yang masih berbaki 2 perlawanan selepas itu. Namun begitu, kelebihan dilihat milik Terengganu memandangkan mereka bakal menemui T-Team pada perlawanan selepas itu. Sebagai pasukan abang, Terengganu pastinya bakal diberi jalan mudah oleh T-Team untuk mengumpul tiga mata berharga sekaligus mencerahkan peluang pasukan itu menjulang kejuaraan Liga Super 2011.
Kelantan perlu memanfaatkan setiap peluang yang ada
jika The Red Warriors ingin berhajat untuk menjulang Piala Liga Super
musim ini ke Kota Bharu.
Bagi Kelantan, ranjau yang berliku bakal dihadapi memandangkan mereka bakal berdepan Perak(di Kota Bharu) dan Sabah(di Likas) pada perlawanan terakhir mereka. Kelantan mengakui bahawa mereka perlu menang dalam aksi 6 Jun ini seterusnya memberikan sedikit gimik untuk pentas Final Piala FA pada 11 Jun nanti. Walau bagaimanapun, dengan tertewasnya Terengganu di tangan Kedah sebenarnya memberi dorongan kepada Kelantan untuk mencontohi tahap disiplin pemain Kedah sewaktu berdepan dengan Sang Penyu di Kuala Terengganu nanti.
Jika Kelantan dan Terengganu tersilap langkah,
Selangor pasti akan merampas status Juara Liga
musim ini.
Selain Terengganu dan Kelantan yang dilihat ghairah berebut-rebut kedudukan selaku pendahulu Liga Super, Juara bertahan, Selangor juga kini semakin menghambat kedudukan dua gergasi pantai timur itu. Kemenangan 2-0 keatas Negeri Sembilan malam tadi menyaksikan anak didik K.Devan masih mempunyai harapan cerah untuk mencabar kejuaraan musim ini dengan mereka hanya dibezakan dua mata dengan Kelantan dan Terengganu. Oleh itu, jika Kelantan dan Terengganu leka dalam perlawanan terakhir mereka, tidak mustahil Selangor akan menjadi 'duri dalam daging' dan sekaligus memutih matakan dua pasukan gergasi pantai timur itu. Ini kerana Selangor hanya bakal berdepan dengan lawan mudah pada aksi terakhir mereka iaitu Felda United, Perlis dan Perak.
SEMOGA KELANTAN MENJADI JUARA LIGA SUPER MUSIM INI...WE'RE RED...WE'RE WARRIORS!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan