KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 7 Februari 2011

Tiga Tonggak Kelantan
Perkuat Harimau.




Tiga pemain Kelantan terus diberi kepercayaan mewakili Malaysia di pentas antarabangsa apabila sekali lagi dipanggil menyertai skuad negara dalam perlawanan persahabatan menentang Hong Kong.

Norshahrul Idlan, S. Chanturu dan Khairul Fahmi merupakan pemain utama Kelantan dan antara tonggak penting K. Rajagobal dalam pasukan Negara.

Nama Norshahrul Idlan dan Khairul Fahmi menjadi sebutan ramai kerana persembahan hebat mereka pada kejohanan serantau baru-baru ini membolehkan Malaysia menamatkan kemarau kejuaraan.

Manakala kelibat S. Chanturu tidak dapat disaksikan ketika Malaysia muncul johan kerana mengalami kecederaan sebelum pertandingan.

Kehadiran tiga pemain Sang Kijang ini dijangka memberikan kekuatan tambahan kepada skuad negara dalam perlawanan pertama setelah lama berehat selepas kejohanan Piala AFF tempoh hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular