Karnival TRW Temui Peminat Sabtu Ini
KOTA BHARU – Siri Jelajah Karnival The Red Warriors (TRW) bakal membuka tirainya buat pertama kali dengan lokasi perkarangan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu menjadi pilihan sempena perlawanan ketiga Liga Super, Kelantan menentang Johor FC pada Sabtu ini.
Karnival TRW anjuran Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu akan menghimpunkan kesemua penaja skuad Kelantan musim ini seperti happy, Sinar Harian, Yusmira Trading Sdn Bhd, Al-Jabbar Group, Alhamra Group, Umbro selain TRW Station dijangka mengambil bahagian dalam carnival tersebut.
Melalui karnival tersebut, sebanyak 14 buah ‘booth’ akan mempamerkan pelbagai produk jualan masing-masing disamping turut menawarkan potongan harga yang menarik. Para peminat bola sepak Kelantan juga berpeluang mendapatkan pelbagai produk keluaran Kafa berjenama Warriors dengan harga yang berpatutan.
Selain daripada itu, pihak Kafa juga akan membuka kaunter kad keahlian TRW bagi memberi peluang kepada para peminat mendaftarkan menjadi ahli kelab penyokong TRW. Pihak happy selaku penaja utama pasukan TRW juga turut mengadakan pelbagai peraduan yang menawarkan hadiah menarik selain Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan juga turut mengadakan pelbagai aktiviti khusus untuk orang ramai.
Karangkraf akan mengadakan jualan promosi hebat sempena program carnival red warrior. Majalah² akan di jual dengan harga promosi menarik. Menurut pegawai promosi sinar harian kelantan, En Mokhtar Yasin Mustapa, semua majalah yang di pamerkan seperti majalah mingguan wanita, keluarga, remaja, G3, Impiana dan sebagainya, akan di jual dengan harga promosi samada yang terbaru serta yang lama.
Setiap pembelian rm 30 ke atas dalam satu bil akan menerima cenderahati khas dari pihak karangkraf dan sinar harian. Bagi 100 pembeli pertama akan menerima satu calendar ekslusif sinar harian, senaskah I Love Islam dan sebuah buku catatan sinar harian secara percuma.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan