KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 13 Februari 2011


Red Warriors Menang Besar.



The Red Warriors unggul di persada liga apabila mudah membenam Johor FC 4-1 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.
Perubahan taktikal yang dilakukan ketua pengendali Kelantan, M.Karathu membuahkan hasil lumayan setelah Sang Kijang mudah menguasai
perlawanan dari awal babak sehingga wisel penamat.

Permulaan babak pertama, Kelantan melakukan beberapa serangan bahaya melalui gerakan Nurul Azwan Roya kepada Norshahrul Idlan
Talaha dan Ramzul Zahini Adnan memaksa pemain pel
awat lebih banyak berkampung di kawasan sendiri.

Enam percubaan bahaya berjaya dilakukan Kelantan sepanjang
dua puluh minit separuh masa pertama namun
gagal menemui jaringan.
Sebaliknya, Johor FC terlebih dahulu mengejutkan hampir 18 000 penyokong setia Kelantan dengan jaringan pertama melalui Mohd Riduwan Ma'on pada minit ke-25 hasil rembatan padu dari luar kotak penalti menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan tidak menunggu lama untuk menyamakan jaringan melalui Nurul Azwan Roya yang bertindak bijak melepaskan sepakan leret menewaskan sama sekali penjaga gol pasukan lawan, Mohd Anis Faron pada minit ke-28.

Selepas jaringan tersebut, Kelantan berpeluang menambah gol namun ketumpulan jentera penyudah menggagalkan usaha Sang Kijang untuk selesa pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, bagai mendapat suntikan semangat di bilik persalinan, Kelantan mengatur gerak untuk memperoleh gol pendahuluan.

Usaha mereka tidak sia-sia apabila hantaran lintang Norshahrul Idlan Talaha kepada Mohd Badri Radzi tertampan Mohd Riduan Moin untuk gol kedua tuan rumah pada minit ke-50.

Gol kedua menambah ketajaman serangan Kelantan dan pada minit ke-56, Nurul Azwan Roya menyaksikan rembatan rendah didalam kotak penalti tangkas ditepis penjaga gol Johor FC.



Selang tiga minit kemudian, sepakan lencong Ramzul Zahini hasil gerakan bersama Norshahrul Idlan Talaha menggegar palang manakala percubaan Nurul Azwan Roya selepas itu terkena jaring tepi pintu gol pasukan pelawat.

Pada minit ke-65, rembatan luar kotak penalti Norshahrul Idlan Talaha selepas menggelecek tiga pemain Johor FC ditumbuk keluar.

Akhirnya usaha berterusan pemain Kelantan memberikan gol ketiga kepada mereka apabila hasil satu serangan balas melalui Ramzul Zahini kepada Norshahrul Idlan Talaha disudahkan dengan rembatan kaki kanan penyerang prolifik tersebut ke sudut kanan menggamamkan Mohd Anis Faron di pintu gol Johor FC pada minit ke-71.


Ketinggalan dua gol tidak mematahkan semangat anak didik Azuan Zain untuk melakukan serangan dan mereka hampir mendapatkan jaringan kedua melalui Shahrizal Mohd Saat pada minit ke-75 namun tandukan penyerang ini sempat dikuis keluar Khairul Fahmi Che Mat.

Nidzad Ayub akhirnya menutup terus sisa perjuangan Johor FC dengan jaringan keempat pada minit ke-77 apabila tenang menyempurnakan hantaran Norshahrul Idlan Talaha.

Selepas itu, Kelantan hampir menambah jaringan melalui Badri Radzi dan Norshahrul namun dinafikan Mohd Anis Faron.

Sepakan meliar Zairul Fitree Ishak pada minit akhir menutup perlawanan dengan Kelantan mengutip tiga lagi mata untuk menduduki carta pertama Liga Super buat kali pertama selepas dua tahun.

Dua kad kuning dilayangkan pengadil perlawanan, Syed Azhar Syed Kamar kepada pemain Johor FC.

Kesebelasan Pemain:

Kesebelasan utama pemain :

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin (S Subramaniam), Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya, Muhd Badhri Radzi (KP), Solehin Kanasian Abdullah (Mohd Nizab Ayub), Mohd Shakir Shaari, Mohd Ramzul Zahini Adenan (Danial Fadzly Abdullah) dan Norshahrul Idlan Talaha.

FORMASI : 4-4-2

JOHOR FC : Mohd Anis Faron Ahmad Arsidi, Muhd Irfan Abdul Ghani, Hasni Zaidi Jamian, Mohd Radzi Jasman, Mohamed Rashid Mohamad Aya, Mohd Riduwan Ma’on, Khairi Kiman (Mohd Azizan Baba), Rezal Zambery Yahya (KP), Badrul Abdul Khalid, Mohd Saufi Mohd Ibrahim (Mohammad Ezaidy Khadar) dan Wan Mohd Hoesne Wan Hussain (Eddy Helmi Abdul Manan).

FORMASI : 3-5-2

STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Kelantan (6) Johor FC (1)
Percubaan tersasar : Kelantan (9) Johor FC (1)
Sepakan sudut : Kelantan (12) Johor FC (0)
Sepakan percuma : Kelantan (13) Johor FC (8)
Offsaid : Kelantan (0) Johor FC (2)
Kekasaran : Kelantan (8) Johor FC (10)
Kad kuning : Johor FC (Mohd Radzi Jasman)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Empat minit
Penguasaan bola : Kelantan (55%) Johor FC (45%)

PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil : Syed Azhar Syed Kamar
Penolong Pengadil 1: Mohd Hanif Abd Rahman
Penolong Pengadil 2: Ismadi Ibrahim
Pegawai Keempat : Mohd Ezani Said
Komisioner Perlawanan : Mat Lazim Awang Hamat
General Kordinator : Arif Hassan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular