KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 18 Februari 2011

Mengapa Hanya TSAM?



Penulis mula rasa ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa di halaman Facebook.

Segala permasalahan yang melanda dirungkaikan dalam satu posting ke satu posting sehingga mendapatkan respon begitu hangat dari peminat setia pasukan Kelantan.

Cuma satu yang bermain di hati penulis, mengapa perkara tersebut didedahkan kepada umum dan tidak disimpan sebagai P & C.

Jika sebelum ini kita lihat Tan Sri Annuar Musa mahukan semua pihak bertindak Profesional namun ketika ini didalam permasalahan Kelantan. Adakah Persatuan Bola Sepak Kelantan bertindak secara Profesional?

Kita hanya lihat, TSAM melalui KAFA mengeluarkan kenyataan tetapi tidak pada pihak yang satu lagi.

Mengapa?

Adakah kerana pihak satu lagi mendiamkan diri kerna salah atau tidak mahu memburukkan keadaan.

Secara jujurnya, pihak yang dibedil TSAM setakat ini bertindak profesional kerana mendiamkan diri dari terebelenggu dengan kenyataan panas dari seorang presiden persatuan bola sepak negeri dan timbalan presiden persatuan bola sepak negara.

Diam tidak bermakna tewas dan kita harapkan TSAM turut mendiamkan diri buat seketika dan berikan peluang pada pihak tertinggi untuk meneliti tindakan yang akan diambil seterusnya menyelesaikan secara situasi menang-menang.

Benar kita mahukan keadilan tetapi bukan dengan cara ini yang boleh menimbulkan rasa muak bagi sesetengah pihak yang mahukan penyelesaian secara profesional dan ilmiah.

Abaikan kata-kata pengampu yang bertindak membidas di belakang dan tunduk didepan. Selesaikan perkara secara bijaksana tanpa merosakkan suasana bola sepak Malaysia yang kembali mendapat tumpuan sejak akhir-akhir ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular