KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 9 Februari 2011

Malaysia mln Hong Kong




Skuad Malaysia turun berbekalkan semangat tinggi ekoran kejayaan di Piala AFF dalam perlawanan pertama Persahabatan Antarabangsa 2011 menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam, malam esok.

Masih dibarisi kebanyakan pemain yang muncul juara di Indonesia tempoh hari, pasukan negara dijangka tidak menghadapi masalah besar untuk menang perlawanan ini. Namun begitu, pemain Malaysia diingatkan tidak memandang remeh keupayaan pasukan bimbingan Tsan Wai Chung.

Bagi ketua jurulatih Malaysia, perlawanan persahabatan ini cukup penting kerana ia digunakan untuk menilai pemain negara dari segi mentaliti dan prestasi sebelum turun dalam kelayakan olimpik menentang Pakista 23 Februari nanti.

Rekod Pertemuan


Rekod Pertemuan (1957-2004)
Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan sejak tahun 1957, Malaysia menang 11 perlawanan berbanding lawan yang hanya berjaya menewaskan skuad negara sebanyak 7 kali dan masing-masing mencatatkan tiga kali seri.

Diatas kertas, Malaysia dilihat mudah memenangi perlawanan persahabatan ini tetapi harus diingat, rekod pertemuan terakhir kedua-dua pasukan pada 2004 dalam kelayakan Piala Dunia, pasukan negara tumpas perlawanan di tempat sendiri dan timbal balik di Hong Kong.

Kemenangan terakhir Malaysia keatas Hong Kong ialah pada tahun 2001 dimana dua jaringan daripada Akmal Rizal Rakhli memberikan kejayaan 2-0 buat pasukan negara.

Kesebelasan Jangkaan Malaysia

Melihat pada senarai pemain Malaysia yang dipilih kali ini, tiada kejutan oleh K. Rajagobal sebenarnya kerana kesemua pemain yang berada dalam skuad adalah pemain yang sentiasa dipilih menyertai pasukan negara sejak dua tahun lalu.

Berbalik kepada kesebelasan utama pasukan Malaysia, dijangkakan K. Rajagobal akan membuat banyak pertukaran pemain selepas beberapa tonggak mengalami kecederaan termasuklah bakal kehilangan Norshahrul Idlan yang masih dihantui kecederaan lutut sejak Piala Asia. Selain Norshahrul, Amar Rohidan, S. Chanturu, Izzaq Faris dan Azmi Muslim turut terlepas aksi persahabatan.

Dijangkakan ketua pengendali Malaysia tersebut akan meletakkan Farizal Marlias di posisi permulaan selepas bekas penjaga gol utama negara tersebut kembali dari kecederaan berpanjangan. Khairul Fahmi dan Sharbinee Alawee kemungkinan besar berada dalam kesebelasan simpanan dalam perlawanan malam esok.

Barisan pertahanan pula menyaksikan kembalinya Aidil Zafuan Razak selepas lama tersisih ekoran kecederaan yang dialami ketika tunduk kepada Kelantan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2010. Dijangkakan Aidil akan diletakkan dalam kesebelasan utama bersama-sama dengan Muslim Ahmad, Fadzli Shas dan Asrarudin Putra manakala Sabree Abu, Mahaili Jasuli dan Faizal Mohamad berada di bangku simpanan.

Jentera tengah pula tidak berdepan masalah besar kecuali ketiadaan Amar Rohidan dimana Safiq Rahim, S. Kunalan, Ashaari Shamsudin dan Amirul Hadi Zainal dijangka membentuk gandingan empat pemain untuk mengatur dan merencana gerakan kearah kubu pasukan Hong Kong. Bisa empat pemain ini ditagih bagi membantu posisi serangan mengucar kacir pertahanan pelawat. Selain mereka, hanya K. Gurusamy dan G. Mahathevan yang ada di barisan simpanan.

Jentera serangan pula menerbitkan kekecewaan kepada K. Rajagobal setelah harapan yang disandarkan kepada Norshahrul untuk berganding dengan Safee Sali tidak dapat diterjemahkan. Namun, kembalinya Ahmad Fakri Saarani membuka sedikit peluang untuk serangan skuad Malaysia menerobos pintu gol Hong Kong. Walau jarang digandingkan, diharapkan dua pemain muda ini mampu menyesuaikan diri secepat mungkin sambil mengharapkan seorang lagi pemain penyerang, Shahrizal Saad bersedia untuk dimasukkan pada babak kedua.

Kesebelasan Jangkaan Hong Kong

Pasukan bola sepak Hong Kong pula turun dengan label underdog bagi perlawanan persahabatan ini setelah episod menyedihkan dibelasah teruk Paraguay, akhir tahun lalu.

Dijangkakan tiada perubahan ketara tentang bakal kesebelasan utama yang akan diturunkan pada perlawanan menentang Malaysia nanti dengan beberapa tonggak senior masih dikekalkan iaitu Ye Jia, Lai Hing Cheng dan beberapa pemain lagi. Melihat pada laman rasmi Hong Kong Football Team, kesebelasan utama mereka turut diperkuatkan seorang pemain luar negara yang diberi taraf kerakyatan sejak 2006 iaitu Gerard Ambassa Guy.
Taktikal
Malaysia turun dengan formasi seperti mana perlawanan terdahulu dengan K. Rajagobal dijangka akan terus menggunakan taktikan 4-4-2. Mengharapkan barisan tengah menjana serangan dan pemain penyerang pula menyempurnakan peluang yang terhidang.

Malaysia

Farizal Marlias
--Muslim/Sabree--Fadzli/Mahali --Aidil/Faizal--Asrarudin
Kunalan--Safiq/Mahthevan--Ashaari/Gurusamy--Amirul Hadi
Fakri/Shahrizal--Safee

Mln

Siu Kei CHu--Ye Jia--Lai Hing Cheng
Chung Pong Leong--He Bai--Hong Lim Lee--Kwan Yee Lo
Yie Chiuk poon--Kwok Fai Sham--Lee Chi Ho
Chun Hui Zhang

Hong Kong

Hong Kong pula dijangka turun dengan formasi 3-4-3 seperti mana lakukan ketika kalah kepada Paraguay. Formasi digunakan kemungkinan untuk mencari gol untuk sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan positif dalam perlawanan persahabatan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular