KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 5 Februari 2011

Stadium Bebas Mercun

Stadium tuan rumah pertama mencecah lebih 20,000 Liga Super 2011

Aksi pertama The Red Warriors di gelanggang sendiri tidak mendatangkan sebarang insiden balingan mercun seperti yang berlaku di Shah Alam. Kehadiran lebih 20, 000 orang yang memenuhi di segenap sudut stadium bebas daripada mercun walaupun keadaan perlawanan sedikit panas apabila penyokong tidak berpuashati dengan keputusan pengadil yang sering meniup wisel menghentikan perlawanan dan memihak pada pasukan lawan.

Rata-rata penyokong yang hadir berpuashati dengan sikap penyokong yang mengekalkan sikap mereka yang ditunjukkan pada tahun lalu. Formasi ketua jurulatih Datuk M. Karathu yang meletakkan hanya seorang penyerang mendapat kritikan ramai peminat kerana perlawanan menentang Terengganu telah menampakkan bagaimana Norshahrul dikawal rapi selain berseorangan menerima hantaran-hantaran dari pemain-pemain tengah. K Soley yang selesa dengan hantaran pendek juga tidak menjadi apabila setiap hantarannya dirampas dengan mudah oleh pemain-pemain lawan. Aksi Khalid Jamlus tidak dapat menyakinkan peminat, namun peminat harus memberi masa dan peluang kepada Khalid Jamlus sepertimana peluang yang berjaya dibuktikan Akmal Rizal pada musim lalu setelah sering mendapat kritikan diawal musim.




Posisi dan rentak permainan Kelantan seperti sudah dibaca oleh Irfan Bakti yang mengarahkan anak buahnya mengawal pemain dan perlawanan dengan baik kerana 100% pemain yang diturunkan adalah pemain yang beraksi ketika menewaskan Selangor. Datuk M. Karathu juga tidak berpuashati dengan Keghairahan pemain pertahanan kerap meninggalkan posisi mereka untuk naik ke atas membantu barisan penggempur. Keghairahan ini memberi peluang kepada pemain lawan meloloskan diri dengan mudah ke gawang Kelantan.

Penyokong Kelantan menunjukkan sikap yang matang dalam menerima keputusan seri ini, sungguhpun sangat kecewa kerana Kelantan gagal mengekalkan jaringan awal untuk kemenangan. Semangat dan keghairahan penyokong Kelantan yang merantau pulang ke kampung untuk menyaksikan perlawanan juga hampa kerana perlawanan Liga Super berehat selamat 11 hari sebelum bersambung balik pada 12 febuari menentang Johor FC.

Kuala Lumpur VS Kelantan di Kota Bharu?

Dalam Facebook Tan Sri Annuar Musa juga ada memaklumkan kemungkinan perlawanan Kuala Lumpur menentang Kelantan yang dijadualkan berlangsung di stadium bolasepak Cheras pada 15 febuari ini akan diubah lokasi perlawanannya ke Kota Bharu dan Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah. Dua perlawanan iaitu menentang Johor FC dan Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Kota Bharu ini memberi perkhabaran gembira kepada penyokong tegar Kelantan yang sentiasa dahagakan aksi pemain-pemain mereka.

Stadium Bebas Mercun Tanggungjawab Kita Bersama

Tahniah kepada seluruh penyokong Kelantan di Kota Bharu kerana mengekalkan sikap anda, dengan sikap baik dan jumlah penyokong teramai yang dipamerkan telah memberi gambaran yang baik kepada pasukan lawan untuk memilih Kelantan sebagai gelanggang pilihan mereka. Sama-sama kita terus berusaha meningkatkan imej bolasepak Kelantan, jika KAFA berkerja keras meningkatkan pencapaian bolasepak Kelantan, apalah salahnya kita sebagai penyokong bersama berusaha menaikkan imej penyokong kita daripada terus dilabel dengan label negatif oleh media dan masyarakat Malaysia.

Tiada guna kita berbangga dengan kemenangan dan jumlah piala jika sikap kita sebagai penyokong masih ditakuk lama. Usahlah kita mem boooo!! atau mengherdik penyokong yang cuba membawa perubahan kepada cara sokongan jika kita sendiri tidak berdaya membawa perubahan seperti mereka.

Semoga tahun arnab memberi banyak perubahan kepada pasukan, penyokong dan hidup kita. Amin....Gomo Kelate Gomo


Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular