KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 2 Februari 2011

Kijang, Penyu Sama Handal.

Kelantan tempang apabila hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Terengganu di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Bermain di gelanggang sendiri tidak membawa sebarang makna apabila Terengganu dilihat lebih banyak mengatur percubaan bahaya kearah kubu Kijang.

Kelantan hampir dikejutkan seawal minit ke-4 apabila hantaran jauh Nik Zul Aziz kepada Joseph Kalang Tie sempat dihadang Rizal Fahmi.

Memasuki minit ke-9, Kelantan dihadiahkan sepakan percuma disebelah kiri setelah Norshahrul Idlan Talaha dikasari pertahanan Terengganu namun sepakan Badri Radzi sempat ditumbuk keluar Sharbinee Alawee.

Selepas itu, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan saling menyerang menyebabkan pertahanan Kelantan dan Terengganu terpaksa bekerja keras.

Sang Kijang akhirnya berjaya didepan pada minit ke-34 setelah gerakan dari kawasan bawah Zairul Fitree kepada Nurul Azwan Roya disudahkan dengan tampanan Mohd Badri Radzi kedalam pintu gol pelawat.

Badri Radzi sekali lagi menggamatkan kawasan stadium yang dipenuhi hampir 30 000 penyokong Kelantan apabila menerima hantaran baik dari Danial Fadly namun Sharbinee lebih pantas melayangkan badan menepis tandukan ketua pasukan Kelantan tersebut pada minit ke-41.

Minit akhir separuh masa pertama, Badri terus hampa apabila gerakan yang dilakukan K. Soley dan Danial Fadly disudahkan dengan percubaan lemah terus kepada penjaga gol Terengganu.

Bersambung babak, Kelantan dinafikan sepakan penalti selepas Badri Radzi yang menerima hantaran dari Norshahrul dijatuhkan didalam kotak penalti tetapi pengadil tetap meneruskan perlawanan.

Terengganu kadangkala melakukan serangan balas hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-60 namun Khairul fahmi tangkas menepis sepakan satu sama satu dengan Zharif Hasna.

Tanpa disangka, hantaran lintang Joseph Kalang Tie berjaya ditanduk masuk Marzuki Yusof pada minit ke-68 untuk gol penyamaan Terengganu.

Bagaikan mendapat semangat baru, Terengganu melancarkan serangan berltali arus ke kubu Kelantan melalui rangkaian Ashaari Shamsudin dan Abdul Hadi Yahya.

Sang Penyu terus mengganas dan Helmi Rameli mengecewakan kem Terengganu setelah gerakan yang dilakukan bersama dengan Zharif Hasna disudahkan dengan sepakan lemah kearah Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan yang tertekan melakukan tiga pertukaran memasukkan Khairan Eroza, Khalid Jamlus dan Nidzad Ayub namun masih gagal mencari satu gol yang diperlukan.

Pada minit ke-85, tandukan Rizal Fahmi hasil sepakan sudut ditangkap kemas Sharbinee Alawee.

Menyedari pemain Kelantan mula keletihan, Terengganu melancarkan serangan balas pantas melalui Abdul Hadi Yahya namun Khairul Fahmi terus melakukan aksi menyelamat bergaya menghampakan percubaan satu sama penyerang Sang penyu tersebut pada minit ke-89.

Khalid Jamlus menutup perlawanan dengan satu lambungan kearah pintu gol Terengganu pada minit ke-90 sebelum Mohd Romzi Zahari membunyikan wisel penamat.

Tujuh kad kuning dilayangkan pengadil kepada pemain kedua-dua pasukan.

Kesebelasan Utama

Kelantan: M. Karathu.
Khairul Fahmi Che Mat, Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, Daudsu Jamaludin, Zairul Fitree Ishak, Shakir Shaari (Khairan Eroza), Solehin Kanasian Abdullah (Nidzad Ayub), Badri Radzi (c), Nurul Azwan Roya, Danial Fadly (Khalid Jamlus) dan Norshahrul Idlan Talaha.

Terengganu: Irfan Bakti.
Sharbinee Alawee, Nik Zul Nawawi, Reshafiq Alwi, Ismail Faruqi ( Ahmad Nordin Alias), Joseph Kalang Tie ( Mohd Fukharazi Musa), Hasmizan Kamarudin, Abdul hadi Yahya, Mohd Marzuki Yusof (c), Mohd Zharif Hasna, Helmi Remeli dan Mohd Ashaari Shamsudin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular