Norshahrul, Khairul Fahmi Sertai Liga J?
Dua pemain Kebangsaan yang beraksi dengan Kelantan menerima perkhabaran baik apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia untuk menghantar mereka menyertai Kelab Liga Jepun.
Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat merupakan dua tonggak utama Kelantan dan skuad negara diberi peluang keemasan setelah mempamerkan persembahan baik terutamanya ketika membantu Malaysia menjulang Piala AFF. sebulan lalu.
Selain mereka, penyerang Selangor, Safee Sali turut berada dalam perancangan FAM menjalani sesi pemilihan bersama kelab Liga J.
Sebelum itu, perancangan yang diatur FAM tersebut mendapat reaksi berbeza dari blogger dan pemilik laman Facebook tempatan.
Bagi pemilik blog WawanFaiz.Com, pemilihan dua pemain ini menyertai sesi pemilihan di Jepun merupakan satu langkah dan juga peluang bagi mereka mengembangkan karier serta bakat.
Namun ianya tidak menguntungkan pasukan Kelantan setelah kehadiran Norshahrul dan Khairul Fahmi nyata menjadi nadi kekuatan Sang Kijang musim ini. Jika mereka terpilih menyertai kelab disana, kemungkinan The Red Warriors mempunyai masalah besar disebabkan mereka perlu mencari seberapa segera penganti terbaik.
Penulis KelantanFA.com pula mempersoalkan tindakan FAM cuba menghantar dua pemain terbaik Kelantan ke Jepun. Katanya, dunia bola sepak Malaysia tidak ketandusan pemain berbakat tetapi mengapa hanya pemain Kijang yang mahu dihantar.
Adakah tindakan ini merupakan satu komplot dari pihak atasan untuk menjatuhkan pasukan Kelantan dalam Liga Malaysia.
Tetapi berdasarkan reaksi segera penyokong Kelantan di halaman Facebook The Red Warriors Malaysia (TRWCM), mereka mengatakan satu peluang terbaik dimiliki dua pemain Kelantan ini untuk menyertai saingan liga yang lebih kompetetif.
Rezeki yang diperoleh mereka perlu diterima baik dan mungkin dengan penhijrahan mereka nanti jika mendapat tempat, maka akan muncul lebih ramai pemain berbakat dan lebih berbisa dari mereka berdua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan