KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 11 Februari 2011

Liga Super Kembali Disambung.



Aksi Liga Super disambung kembali selepas berehat 10 hari bagi memberi laluan kepada skuad negara dalam perlawanan persahabatan Antarabangsa, kelmarin.

Tujuh perlawanan akan dilangsungkan pada minggu ini. Bermula dengan pertemuan Perlis melawan Terengganu di Kangar malam ini manakala perlawanan selebihnya akan dilangsungkan pada hari esok.

Kelantan akan turun di Kota Bharu menunggu kehadiran Johor FC dengan tekad mengutip tiga mata penuh buat kali pertama didepan penyokong sendiri.

Skuad Sabah turut mengintai peluang sama apabila melayan kunjungan Kedah di Stadium Likas, petang esok.

Manakala Felda United dan T-Team yang bermain di gelanggang sendiri sedang cuba mendapatkan tiga mata pertama menentang Pahang dan Harimau Muda.

Pertembungan hangat pastinya berlangsung di Ipoh apabila skuad serba baru Perak melawan Negeri Sembilan yang masih unggul di takhta dengan dua kemenangan sebelum ini.

Selangor dan Kuala Lumpur pula bertarung merebut satu penghormatan selaku jaguh di Lembah Kelang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular