Percaturan Karathu tak menjadi
Entah dimana silapnya pencaturan jurulatih Datuk M.Karathu serba tidak menjadi semalam.Keputusan seri semalam memaksa Karathu memikirkan samaada percaturan beliau boleh membawa kejayaan kepada pasukan atau sebaliknya.
Penyokong-penyokong Kelantan seolah-olah dihidangkan dengan persembahan longlai dari pemain-pemain yang dilihat seakan-akan tidak bersemangat untuk bermain.Keadaan cukup berbeza ketika bertemu Selangor tempohari yang menyaksikan Kelantan benar-benar bernafsu untuk merobek gawang lawan.
Aksi longlai yang ditunjukkan oleh pemain tengah Kelantan Shakir yang dilihat tidak konsisten dan memaksa Karathu membuat pertukaran dengan memasukkan Khairan Eroza.Danial Fadly juga kurang berkesan semalam dan bermain sekadar tangkap muat sahaja(pinjam kata-kata penyokong Selangor yang mengatakan Kelantan mengambil jurulatih tangkap muat sahaja).
Manakala K.Soley dilihat hanya berlari-lari sahaja diatas padang,beliau seolah-olah buntu untuk bermain dengan corak yang diterapkan oleh Karathu.Karathu hanya meletakkan NorShahrul dihadapan sedangkan beliau sudah dirantai oleh Marzuki Yusof yang cukup agresif mengawalnya.
Perlawanan semalam juga menyaksikan bahagian tengah Kelantan dikuasai sepenuhnya oleh pemain Terengganu dan mereka cepat menyelinap masuk ke kawasan Kelantan.Ternyata pemain-pemain Kelantan gagal menyaingi kepantasan pemain-pemain Terengganu.
Mujurlah gol dari Badri Radzi pada minit ke-34 perlawanan merubah corak Kelantan yang dilihat lebih agresif menyerang,itupun kerana pemain Terengganu sudah hilang fokus kerana gol tersebut.Gol tersebut hasil lambungan penyerang licik Kelantan Nurul Azwan Roya yang melambung tinggi melepasi jankauan penjaga gol Terengganu Sarbinee Alawi dan disudahi oleh Piya yang tidak dikawal.
Separuh masa kedua menyaksikan Terennganu kembali memperkemaskan rentak permainan dan pada minit ke-58 Khairul Fahmi berjaya menagkap kemas percubaan pemain Terengganu.Gol penyamaan Terennganu akhirnya muncul juga apabila ketua pasukan mereka,Marzuki Yusof menanduk masuk kepenjuru kanan gol Kelantan menewaskan Khairul Fahmi hasil sepakan sudut Joseph Kalang.
Khairul Fahmi sekali lagi menyelamatkan gawang Kelantan pada minit ke-75 apabila berdepan satu lawan satu dengan pemain Terengganu yang sudah menewaskan pertahanan Kelantan merebahkan badan,mujurlah bola terkena sedikit kakinya dan berjaya dikeluarkan pertahanan.
Perlawanan semalam juga menyaksikan pertahanan Kelantan beraksi cemerlang dan banyak menyelematkan gawang Kelantan dari dibolosi pemain Terengganu yang ditunjanggi Joseph Kalang dan Ashaari.
KAFA perlu mencari punca sebenar mengapa pemain-pemain beraksi hambar serta gagal menyaingi pemain-pemain Terengganu semalam...Persoalanya adakah M.Karathu mampu mencorak pasukan Kelantan dan bersaing dengan pasukan lain dalam kempen liga super tahun ini.Cakap-cakap sudah kedengaran bahawa pemain-pemain kurang menyenangi taktikal lapuk dari jurulatih baru itu...
Credit : Daudsu,Rizal Fahmi,Farisham,Zairul Fitri dan Khairul Fahmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan