Pemain Bulan Januari
Dilahirkan bulan September 1984, Mohd Badri Radzi memulakan karier pertama selaku pemain bola sepak bersama Kelantan pada tahun 2002.
Beraksi di posisi tengah, nama Badri semakin meningkat naik pada tahun 2004 dan 2005 selepas melakukan 34 penampilan dengan 15 gol dalam skuad senior.
Bermula musim 2006 sehingga 2007, Piya nama gelaran pemain berjersi nombor 16 ini melangkah keluar dari skuad Kijang untuk menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM). Namun kelibatnya bersama PDRM lebih banyak di bangku simpanan dengan 21 penampilan dan 8 gol walau dua tahun menabur bakti disana.
Menyedari bakat dan kekreatifan pemain ini selaku perancang di posisi tengah, Kelantan FA membawa pulang Badri pada tahun 2007 dan khidmatnya terus digunakan sehingga kini.
Dilantik menjadi ketua pasukan pada tahun 2008 dan 2009 tetapi terlepas jawatan tersebut kepada Indra Putra Mahayuddin pada penghujung tahun 2009 kerana terlibat dengan kecederaan serius semasa menentang Pulau Pinang dalam saingan Piala Malaysia.
Membantu Kelantan layak ke perlawanan akhir Piala FA 2009 selaku ketua pasukan tetapi hampa selepas tumpas penentuan penalti kepada Selangor dan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia dia tidak dapat diturunkan kerana cedera.
Bermula musim 2010, Badri Radzi kembali mendapat tempat dalam kesebelasan utama selepas pulih sepenuhnya namun khidmat pemain ini sering digantikan pada pertengahan babak kedua.
Namun jasa dan sumbangan pemain ini tidak boleh dinafikan sama sekali selepas beberapa gol sumbangannya membolehkan Kelantan mencatatkan beberapa kemenangan penting.
Antara sumbangan paling diingati ialah jaringan kedua yang dilakukan Badri Radzi dalam Perlawanan Akhir Piala Malaysia menewaskan Negeri Sembilan untuk memberikan kejuaraan pertama kepada Kelantan setelah 89 tahun menanti menjulang piala utama.
Menjulang Piala Sumbangsih selaku ketua pasukan anak Kelantan yang pertama. |
Dia juga menjadi anak Kelantan pertama menjulang Piala Sumbangsih 2011 selaku ketua pasukan yang dimenangi Red Warriors, baru-baru ini.
Sepanjang 10 tahun berbakti dalam Liga Malaysia, Badri Radzi berjaya mengondol pelbagai kejuaraan dan anugerah termasuklah Piala Malaysia 2010, Piala Sumbangsih 2011, pemain terbaik Perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 dan banyak lagi.
Profil Mohd Badri Mohd Radzi
(Wikipedia Bahasa Melayu)
Personal information | ||
---|---|---|
Full name | Mohd Badhri Mohd Radzi | |
Date of birth | June 2, 1982 (age 28) | |
Place of birth | Kota Bharu, Kelantan | |
Height | 1.73 m (5 ft 8 in) | |
Playing position | Midfielder | |
Club information | ||
Current club | Kelantan FA | |
Number | 16 | |
Youth career | ||
Kelantan FA | ||
Senior career1 | ||
Years | Club | App (Gls)* |
2004-2005 2005-2007 2007-2009- 2010-present | Kelantan FA PDRM FA Kelantan FA Kelantan FA | 34 (15) 21 (8) 25 (6) 21 (5) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan