KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 9 Februari 2011

MALAYSIA 2-0 HONG KONG
  • Malaysia menang 2-0 ke atas Hong Kong. Tahniah Malaysia. GOL KEDUA OLEH AMIRUL HADI

  • GOL kedua dijaringkan oleh Amirulhadi pada masa kecederaan, hantaran cantik oleh pemain gantian, Sabree Abu

  • 4 minit masa tambahan diberi

  • 87": Satu lagi tangkapan baik oleh Farizal, nampaknya HK membuat serangan bertubi-tubi di saat akhir bagi mendapat gol penyamaan

  • 83": Tangkapan kemas oleh Farizal setelah bola dihantar oleh pemain HK ke gawang Malaysia

  • 78": Pemain HK, Chan Wai Ho yang juga kapten dikenakan kad kuning kerana menolak Safee Sali just outside kotak penalti. Sepakan percuma oleh Safiq terkena benteng yang "dibina" oleh pemain HK

  • 75": Sepakan cantik oleh Kunanlan di dalam petak penalti di bahagian tengah terkena palang. Memang tidak bernasib baik

  • 70": Rembatan leret kemas oleh Aidil dapat ditepis keluar oleh penjaga gol tetapi penjaga garisan tidak nampak, sepatutnya sepakan sudut oleh Malaysia

  • 66": Pemain 21 (Amirulhadi) dan 2 (Mohd Sabree) dibawa masuk menggantikan 18 (Mahalli) dan 26 (Ashaari)

  • Gol jaringan Safiq pada minit yang ke-43

  • 60": Penjaga gol, Khairul Fahmi digantikan dengan Mohd Farizal

  • 56": Sepakan penjuru Malaysia yang ke-4 dihantar terus ke depan gol tetapi tiada pemain Malaysia

  • 54": Penyerang Kelantan, Shahrul Idlan dibawa masuk menggantikan Fakri

  • 53": 5 orang pemain Malaysia gagal menyekat pemain Hong Kong dan nasib baik dapat dikawal oleh Khairul Fahmi

  • Separuh masa kedua baru sahaja dimulakan. 3 minit permainan menyaksikan pemain Hong Kong menyepak cantik dan bola muntah dari tangkapan Fahmi dan dapat diambil kembali. Satu counter attack yang baik oleh HK

  • Permainan tamat pada separuh masa pertama dengan Malaysia 1-0 Hong Kong. Jumpa lagi dalam masa 15 minit. Penguasaan Malaysia 55%-45% Hong Kong

  • 43": GOl GOL GOL dijaringkan oleh kapten pasukan, Safiq Rahim yang dilahirkan pada 5 Julai 1987. Jaringan cantik oleh Safiq dari bahagian kanan berjaya melepasi 2 pemain pertahanan dan merembat cantik ke pintu gol. GOL PERTAMA

  • 40": Sepakan percuma oleh Safiq just di luar kotak penalti sebelah kiri gagal disempurnakan @tersasar jauh

  • 36": Memang memberi impak yang baik dengan kehadiran Aidil di bahagain pertahanan setelah lama cedera since lawan Kelantan dalam Piala Malaysia bulan Oktober 2010 lepas

  • 30": Percubaan oleh Kunanlan dari arah kanan direct ditangkap oleh penjaga gol. Unfortunate Safee Sali menunggu di bahagian kiri gol

  • Hampir 30 minit perlawanan, penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi tidak lagi diuji

  • 24": Sepakan oleh pemain HK dapat dikeluarkan dengan cantik oleh Aidil. Pemain HK kelihatan tidak bermain dengan begitu baik, maybe bukan 100% sebab ianya hanya permainan persahabatan

  • 20 minit menyaksikan Malaysia menguasai permainan. Seorang pemain HK, Ka Wai (jersi 10) diusung keluar akibat clash dengan Fakri

  • 17": Tangkapan kemas oleh Khairul Fahmi. Pemain HK, Lee Hang Hui diberi akibat tackle ke atas Safee Sali yang membuat larian kencang

  • 16": Kad kuning pertama dilayangkan kepada Fakri akibat kekasaran yang dilakukan

  • Di dalam perlawanan persahabatan ini, setiap pasukan diberi peluang untuk membuat 6 pertukaran

  • 13": Sepakan penjuru pertama Malaysia dihantar pendek dan sepakan oleh Safiq tersasar tinggi di atas palang

  • 12": Sepakan cantik oleh Safee Sali dapat ditepis oleh penjaga gol Hong Kong tetapi Fakri sudah berada di kedudukan offside

  • 10 minit permainan nampak agar sukar bagi Malaysia menembusi bahagian pertahanan Hong Kong disebabkan agak ramai di bahagian bawah

  • Sehingga 5 minit permainan. Tidak banyak serangan-serangan berbahaya. Tendakan sudut pertama oleh Hong Kong dapat dikeluarkan oleh pemain pertahanan Malaysia dengan baik

  • Malaysia mengenakan jersi biru-putih manakala Hong Kong pula merah. Permainan baru sahaja bermula dan kelihatan kedua-dua pasukan bermain dengan berhati-hati

  • Permainan akan berlangsung dalam masa 15 minit lagi. Check it out! Antara pemain-pemain yang dijangka akan menarik minat penonton adalah Safee Sali, Aidil Zafuan, Safiq Rahim dan Mahali Jasuli dan of course penjaga gol, Khairul Fahmi. Pemain-pemain Malaysia dan Hong Kong adalah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular