KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 7 Februari 2011

Karathu resah pemain tertekan


Label sebagai pilihan utama tambah koleksi trofi jadi beban Red Warriors

REPUTASI selaku juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super musim lalu meletakkan Kelantan sebagai pilihan utama untuk menambah koleksi trofi musim ini, tetapi pada masa sama jurulatihnya, Datuk M Karathu bimbang harapan itu memberi tekanan tidak sepatutnya ke atas pemain.
“Jangkaan tinggi sebegitu akan memberi tekanan kepada pemain dan ia boleh dilihat ketika perlawanan menentang Terengganu baru-baru ini,” kata Karathu yang mesra dengan panggilan Abe Kar oleh penyokong The Red Warriors.
“Untuk permulaan musim, mereka perlukan masa untuk mencari keserasian dan mencari rentak permainan terbaik. Saya kagum dengan sokongan padu di Kota Bharu tetapi kadang kala ia mampu memberi tekanan kepada pemain.

“Apa pun keputusan untuk beberapa perlawanan awal ini, ia tidak boleh dijadikan gambaran kemampuan sebenar Kelantan musim ini. Saya sendiri masih menilai kombinasi terbaik sejak mengendalikan pasukan ini dan saya harap peminat tidak tergesa-gesa membuat kesimpulan.”

Walaupun baru memenangi trofi sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah selepas mengalahkan Selangor 2-1 dan seri 1-1 bertemu Terengganu, segelintir penyokong setia mula menyuarakan kerisauan di atas prestasi pemain terutama ketika bertemu Terengganu di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, awal bulan ini.

“Bagi saya, masih terlalu awal. Kita baru beraksi dengan dua pasukan kuat Liga Super dan keputusan menang dan seri ini saya anggap sudah cukup baik sebagai permulaan.
“Saya mempunyai tempoh panjang untuk mencuba beberapa kombinasi baru, terutama di bahagian serangan dan berharap corak permainan bertambah baik dalam perlawanan ketiga menentang Johor FC.”

Ketiadaan Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha dan S Chanturu yang menyertai kem latihan pasukan kebangsaan bertemu Hong Kong Rabu ini, tidak menghalang Karathu mempersiapkan pasukannya untuk menghadapi Johor FC apabila Liga Super bersambung Sabtu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular