KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 28 Februari 2011

Aktiviti Terbaru

Temuramah Audio/Video
Krew TRC Gegar FM dan RedsFC-News
bersama Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu
Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, petang ini
Pertembungan Seimbang
Kelantan, Negeri Sembilan.


Jika dinilai aksi dua tahun kebelakangan ini, pertemuan Kelantan dan Negeri Sembilan dilihat seimbang dimana kedua-dua pasukan masing-masing mempunyai peluang luas untuk menundukkan diantara satu sama lain.

Kelebihan tampak berpihak kepada Kelantan ketika ini kerana selain beraksi di hadapan penyokong sendiri, mereka juga memulakan musim 2011 dengan persembahan bergaya.

Namun, Negeri Sembilan pasti mahu meneruskan rekod baik mereka di Stadium Sultan Muhamad dengan menundukkan Sang Kijang sekali lagi.

Untuk catitan, rekod bersih Kelantan bermain di gelanggang sendiri banyak tercalar dek kejutan yang dilakukan skuad Jang terutamanya perlawanan yang mencatatkan sejarah rusuhan penyokong pada separuh akhir pertama Piala FA, dua tahun lalu.

Tetapi kini segalanya berubah dimana musim baru Liga Super, Kelantan mula mempamerkan prestasi cemerlang termasuklah mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan.

Negeri Sembilan pula mengenepikan ramalan awal bahawa mereka mampu berada di kemuncak liga dengan mudah setelah mengalami kekalahan dalam dua perlawanan terdahulu.

Dikhabarkan dari kem Red Warriors ketika ini kesemua pemain bebas dari masalah kecederaan manakala Negeri Sembilan pula masih kehilangan penyerang berbisa mereka, Zaquan Adha akibat kecederaan panjang namun gembira dengan kembalinya ketua pasukan, Aidil Zafuan.

Pertembungan malam esok menjanjikan aksi panas ekoran permusuhan yang berlarutan sejak kejuaraan terakhir 2010 dalam Piala Malaysia yang dimenangi Kijang.
Saingan Getir di Kota Bharu.



Sang Kijang menerima cabaran getir dalam saingan Liga Super apabila menerima kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam esok.

Bermain di gelanggang sendiri, tekanan buat Kelantan sebenarnya kerana pasukan lawan yang bakal dihadapi merupakan sebuah pasukan konsisten menewaskan mereka dalam kesemua kejohanan Liga Malaysia.

Pertembungan kedua-dua pasukan pastinya hangat dengan aksi menarik kerana Kelantan dan Negeri Sembilan meneruskan permusuhan sejak perlawanan separuh akhir Piala FA 2009.

Hobin Jang Hobin membina reputasi gah tahun ini apabila merekrut pasukan dengan pengambilan pemain bintang terbaik dalam negara manakala Kelantan pula sedang bertungkus lumus mengekalkan aksi cemerlang semua pemain.

Semua peminat Kelantan dan Negeri Sembilan menanti perlawanan ini kerana selain tiga mata ditawarkan, kedua-dua pasukan juga merebut penghormatan untuk terus berada di kedudukan pendahulu.

Memadai raih 1 mata: Karathu

KOTA BHARU – Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya sekali pun sekadar berkongsi mata dengan Kedah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam semalam.

Dalam perlawanan itu, Kedah terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan penyerang utamanya, Azlan Ismail pada m-57 sementara gol penyamaan Kelantan dijaringkan penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha pada m-79.

Karathu berkata, walaupun beraksi di bawah tekanan, tetapi kejayaan anak buahnya mencuri satu mata di gelanggang lawan, sudah cukup memadai bagi pasukannya untuk dibawa pulang ke Kota Bharu.

“Pada separuh masa pertama. kita menguasai sebahagian babak perlawanan dan mendapat satu hingga dua peluang. tetapi barisan depan pasukan kita gagal memanfaatkan peluang tersebut.
“Namun rentak perlawanan mula berubah pada separuh masa kedua, Kedah kembali menunjukkan corak permainan pantas dan turut mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol. Selepas itu, kita kembali menguasai perlawanan dan memperoleh dua hingga tiga peluang untuk menjaringkan gol.

“Walaupun Kedah menjaringkan gol terlebih dahulu, tetapi kita tetap berupaya menyamakan kedudukan selepas itu. Kita seharusnya pulang dengan mata penuh dalam perlawanan itu sekiranya peluang pada minit-minit terakhir tidak dipersiakan. Walau apa pun, saya tetap berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan pemain saya,” katanya.

Karathu berkata, beliau mengakui jentera serangan masih belum berfungsi dengan sempurna walaupun mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol dalam perlawanan itu.

“Banyak perkara perlu diperbaiki di bahagian tersebut. Kita mencipta peluang tetapi penyudah kita tumpul. Perlawanan menentang Negeri Sembilan di Kota Bharu pada hari Selasa ini merupakan satu perlawanan yang sukar. Namun saya percaya pemain mampu kembali bangkit mencipta kemenangan,” katanya.

Sementara itu, penjaring gol penyamaan Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha bagaimanapun melahirkan kekecewaan kerana tidak dapat membantu pasukannya meraih tiga mata, meskipun Kelantan mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol dalam perlawanan itu.

Ahad, 27 Februari 2011

Kerajaan Negeri Hapus Cukai Hiburan

Abdul Fattah Mahmood

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju untuk menghapuskan cukai hiburan pada tahun ini sebagai satu salah usaha pihaknya membantu mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dalam menguruskan pasukan bola sepak Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, perkara tersebut diputuskan hasil mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diadakan di Kuala Lumpur malam semalam.

“Sebelum ini kita ada menerima permohonan daripada pihak Kafa untuk mengurangkan bayaran cukai hiburan itu dan hasil daripada mesyuarat malam semalam kita telah memutuskan untuk menghapuskan cukai hiburan sepanjang tahun ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Dengan keputusan ini, kita berharap pihak Kafa dapat memberi sepenuh tumpuan dalam usaha mereka menggerakkan pembangunan bola sepak di negeri ini secara lebih serius tanpa perlu memikirkan usaha untuk mencari duit bagi membayar cukai hiburan itu.

“Ini merupakan sebahagian daripada usaha pihak Kerajaan Negeri dalam membantu pihak Kafa memajukan sukan bola sepak di negeri ini. Kita berharap sedikit inisiatif ini dapat memastikan kelangsungan kecemerlangan bola sepak Kelantan akan berterusan,” katanya.

Menurut Abdul Fattah, cukai hiburan ini sebenarnya berjumlah lima peratus daripada jumlah kutipan tiket yang dikenakan kepada pihak Kafa melibatkan satu-satu perlawanan di Kota Bharu.

“Pada tahun lepas Kerajaan Negeri telah melupuskan cukai hiburan sebanyak dua kali berjumlah kira-kira RM370,000 yang dikenakan ke atas pihak Kafa membabitkan semua perlawanan Liga Malaysia yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.

“Jadi dengan penghapusan cukai hiburan, kita berharap pihak Kafa dapat memanfaatkan duit yang sepatutnya dibayar kepada Kerajaan Negeri berjumlah antara RM250,000 hingga RM350,000 pada tahun ini digunakan bagi tujuan pembangunan bola sepak di negeri ini.

“Dua perkara penting yang perlu saya sebutkan hasil daripada keputusan ini ialah kita berharap pihak Kafa dapat memberi tumpuan kepada pembangunan sukan bola sepak di negeri ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti selain pada masa yang sama dapat menjamin semangat bola sepak Kelantan terus berada ditahap yang tertinggi,” katanya

Kelantan baiki jentera penggempur

KELANTAN gagal menghapuskan ‘badi’ Stadium Darulaman apabila sekali lagi dipaksa berkongsi satu mata dengan pasukan tuan rumah, Kedah pada aksi Liga Super malam kelmarin.

Turun dengan misi membawa pulang mata penuh, Kelantan dikejutkan dengan jaringan pendahuluan oleh bekas pemain The Red Warriors, Azlan Ismail hasil hantaran lintang Baddrol Bakhtiar.

Begitupun, Norshahrul Idlan Talaha menjadi penyelamat apabila meledakkan gol penyamaan pada lewat permainan.
Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa dan terkilan dengan keputusan itu.

Ini kerana, Kelantan dilihat kerap mengancam kubu Kedah tetapi gagal menghasilkan jaringan biarpun mereka sepatutnya berhak membawa pulang mata penuh.

Tanpa berselindung, beliau mengakui kurang naluri untuk menjaringkan gol menyebabkan para pemain mempersia-siakan beberapa peluang terbaik termasuk tiga menerusi ketua pasukan, Badri Radzi.

“Kita sudah menjangkakan satu perlawanan sengit akan berlangsung malam tadi (kelmarin) tetapi tidak menyangka kita mempunyai banyak peluang terbaik tetapi dihampakan dengan tindakan penyudah yang kurang baik.

“Separuh masa pertama kita menguasai permainan dan gol yang dihasilkan Kedah pada awal babak kedua jelas sedikit melunturkan semangat pemain tapi kita bertuah kerana berjaya mengikat kedudukan pada penghujung perlawanan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, beberapa kelemahan sudah dikenal pasti termasuk ketumpulan jentera serangan serta di bahagian tengah yang kurang ‘bekerja’ dalam merencanakan permainan sehingga menyebabkan Kelantan hampir berputih mata.

Jelasnya, sikap terlalu menghormati pasukan lawan terutama pasukan Kedah yang memiliki enam pemain kebangsaan boleh memakan diri biarpun jelas Kedah dilihat begitu tertekan sehingga berjaya memperoleh gol pembukaan.

“Sepatutnya kita memenangi perlawanan itu dan tiga mata semalam cukup penting sebagai ‘turning point’ untuk kita mengungguli persada liga serta menjarakkan kedudukan dengan pasukan-pasukan lain.

“Sebab itu, saya selalu pesan kepada pemain supaya jangan mengambil mudah setiap perlawanan kerana pasukan yang menentang kita akan memberikan komitmen yang paling tinggi dan mahu menewaskan kita,” ujarnya.

Katanya, tempoh dua hari sebelum turun melayan kunjungan Negeri Sembilan di Kota Bharu pada Selasa ini akan digunakan sebaik mungkin bagi memantapkan lagi jentera penggempur.

Karathu tetap berpuas hati


JURULATIH Kelantan, Datuk M Karathu tetap berpuas hati walaupun pasukan kendaliannya sekadar mengutip satu mata selepas seri 1-1 ketika menentang Kedah di Stadium Darulaman, Alor Setar, kelmarin.

“Bagi saya ia masih satu pencapaian baik kerana Kedah malam tadi (kelmarin) buat pertama kali dapat menurunkan kesebelasan terbaiknya,” kata Karathu ketika dihubungi, semalam. “Secara keseluruhan, kami mengawal permainan dan sepatutnya pulang dengan kemenangan.
“Pada babak pertama, beberapa percubaan dihasilkan tetapi gagal. Rentak sama dipamerkan pada babak kedua tetapi kerana kelekaan pertahanan, Kedah membuka jaringan hasil hantaran cantik Baddrol (Bakhtiar).

“Namun kami bangkit menyamakan kedudukan dan kembali mengasak tuan rumah dan mendapat tiga peluang keemasan untuk menambah jaringan menerusi Piya (Mohd Badri Radzi) dan Mohd Ramzul (Zahini Adnan).”

Kelantan kekal terajui liga..Perak saingan utama

Kelantan masih kekal sebagai pendahului liga super selepas lima perlawanan yang menyaksikan Kelantan dihambat rapat oleh pesaing utama musim ini iaitu Perak yang dibimbing oleh Cikgu Jan.

Perlawanan keenam liga nanti bakal menyaksikan samaada Kelantan masih mampu mengekalkan kedudukan sebagai Raja Liga Super apabila melayan kunjungan musuh tradisi,Negeri Sembilan.Negeri Sembilan turun dengan reputasi gah selepas berjaya menundukan Sabah 1-0 dan berada di tangga ketiga liga mampu untuk merampas takhta liga andai Kelantan dan Perak Kalah buat kali pertama selasa ini.

Perak pula akan berhadapan dengan Harimau Muda A yang tidak perlu dipertikaikan kekuatan mereka,Cikgu Jan mungkin boleh menarik nafas lega kerana pintu gol mereka cukup ampuh untuk dibolosi setakat ini dan hanya melepaskan satu gol sahaja.Astro Arena dijangka akan menyiarkan secara langsung perlawanan ini.

Sama-sama kita nantikan persaingan sengit yang bakal berlaku selasa ini....mampukah The Red Warriors mengekalkan rekod tanpa kalah serta teraju liga...

Sabtu, 26 Februari 2011

Perlis, Kelantan Sama Kuat.




President Warriors turun satu anak tangga ke kedudukan keempat saingan Piala Presiden Kumpulan A apabila terikat 1-1 dengan Perlis di Stadium Utama Negeri, Kangar, petang kelmarin.

Gol jaringan Mohd Izuan Salahudin memadamkan gol awal Perlis untuk memberi satu mata berharga buat anak didik Zahasmi Ismail di arena lawan.

Selepas ini, Kelantan akan menerima kunjungan Selangor di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu pada 7 Mac 2011.

Lain-lain keputusan, Sabah terus kukuh cengkaman di takhta liga apabila menewaskan Perak di Likas, Sime Darby mengekori rapat apabila mudah menewaskan Sekolah Sukan Bandar Penawar 2-0 manakala Kedah mengecewakan Pulau Pinang 3-1.

Johor FC turut mengutip tiga mata penuh setelah menang tipis 1-0 keatas T-Team FC di Pasir Gudang.
'Mat Yo' Bikin Kedah Gigit Jari


Ulasan Ringkas:

Sama hebat sama cemerlang, inilah yang dapat dirumuskan melalui perlawanan ini, meskipun peluang gol banyak terhidang untuk Kelantan melalui ketua pasukannya 'Piya' tetapi banyak disia-siakan.

Pada separuh masa pertama perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan. Posisi serangan kedua-dua pasukan seimbang.

Pada separuh masa kedua, pada minit ke 57 Azlan Ismail berjaya menewaskan 'Apex' dengan menolak baik hantaran Baddrol Bakhtiar di depan gawang gol Kelantan. Pada minit ke 79 Norshahrul berjaya menghilangkan tekanan pasukan Kelantan apabila melakukan lolosan cantik untuk menewaskan penjaga gol Kedah. Keputusan seri ini kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Tahniah kepada semua penyokong Kelantan kerana Kelantan masih lagi mengekalkan kedudukan teratas di tangga liga namun masih bergantung kepada pertemuan Harimau Muda A menentang Felda United. Harimau Muda A berpeluang memintas Kelantan sekiranya menang pada perlawanan malam ini (26/2/11).

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Gila Bola Makin Menjadi-jadi

emel

Kota Bharu : "Seronok menyaksikan bola sambil diberikan air sirap bandung percuma", ini antara luahan peminat bolasepak Kelantan yang membanjiri perkarangan stadium Sultan Muhammad ke 4 bagi menyaksikan bola dari skrin gergasi tajaan HAPPY. Lebih 5000 penyokong setia Kelantan memenuhi segenap ruang bagi menyaksikan siaran ini secara langsung bersama peminat lain.



Suasana fanatik ini sukar dicari di negeri lain biarpun ada segelintir penyokong negeri lain memandang rendah perhimpunan fanatik bola ini dengan mengandaikan rakyat Kelantan ramai yang tiada dekoder ASTRO dan hiburan, alasan ini digunakan untuk menutup kelemahan pengurusan pasukan mereka dan semangat penyokong pasukan masing-masing yang hanya meriah di laman sosial tetapi sunyi sepi apabila di stadium mahupun menyaksikan bola secara berkumpulan.

Jumlah pengunjung laman portal ini juga sudah mencecah 97,853 orang melepasi jumlah pelawat pada bulan lalu seramai 90,428 orang. Kerancakan peminat The Red Warriors di alam maya juga sukar di tandingi mana-mana pasukan di Malaysia sungguhpun rakyat negeri ini sentiasa di klasifikasi daif namun semua medium penyampaian Liga Super alam maya di kuasai sepehuhnya penyokong bolasepak Kelantan. Sementara itu, trafik pengunjung siaran langsung melalui internet turut meningkat sehingga mencecah 5, 896 orang.

Pedulikan apa orang kata pasal kita, yang penting kita terus sayang dan setia kepada negeri serta pasukan The Red Warriors. Bukan cemuhan yang diambil kira oleh sesebuah syarikat untuk menaja sesebuah pasukan tetapi jumlah sokongan dan perolehan yang dinilai oleh mereka. Oleh itu, tidak hairan kita terus dicemburui, seperti kata Safee Sali salah satu faktor dia memilih berhijrah ke Indonesia kerana faktor fanatik penyokong bolasepak Indonesia yang mungkin tiada pada pasukannya dulu.Jika faktor sunyi sepi menjadi pilihan penaja-penaja, maka sudah pasti berduyun-duyun penaja menaja pasukan mereka tetapi terbukti banyak penaja memilih pasukan kita dari negeri daif.

Tahniah kepada semua penyokong Kelantan kerana andalah yang menghidupkan dan memeriahkan suasana bolasepak Malaysia. Terima kasih kepada Tan Sri Annuar yang sentiasa rancak di alam Facebook dan sentiasa mencari ilham baru menaikkan imej bolasepak Kelantan. Penghargaan tidak berbelas bahagi juga kepada penaja utama HAPPY yang bukan sahaja menyediakan tayangan dan minuman percuma malahan menyediakan sistem audio visual yang terbaik kepada pengunjung. Gomo Kelate Gomo.

GAMBAR OLEH MOHD HANIF MOHD NOR

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Kelantan Kempunan Tiga Mata.


Impian Kelantan untuk terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super tidak tercapai apabila sekadar seri 1-1 dengan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.

Deretan peluang keemasan yang terhidang gagal disudahkan menyebabkan Sang Kijang pulang dengan satu mata.

Bermula babak pertama menyerlahkan penguasaan tuan rumah apabila seringkali mengancam kubu pertahanan Kelantan.

Namun percubaan bahaya mereka hanya hadir pada minit ke-23 dimana sepakan dari jarak 40 meter Amar Rohidan tangkas diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat.

Selang dua minit kemudian, giliran Kelantan mengancam apabila sepakan percuma dari luar kotak penalti Mohd Badri Radzi sedikit tersasar manakala gerakan Norshahrul Idlan Talaha pula terbias pertahanan tuan rumah pada minit ke-26.

Badrol Baktiar menyaksikan sepakan percumanya tinggi meliar pada minit ke-34.

Kelantan berpeluang untuk menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-36 namun kegopohan S. Chanturu melakukan penyudah menyebabkan hampir 500 penyokong setia Kijang mengeluh kecewa.

Kedah juga kecewa apabila percubaan Badrol dari luar kotak penalti sekali lagi diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-37.

Percubaan tinggi Badri Radzi hasil hantaran Zairul Fitree Ishak pada minit ke-44 menutup separuh masa pertama dengan keputusan 0-0.

Bersambung babak kedua, Kedah mengandakan asakan untuk menjaringkan gol pertama tetapi kebanyakan percubaan mereka tersekat dengan ketangkasan Khairul Fahmi.

Bermula dengan percubaan lemah kaki kiri Azlan Ismail pada minit ke-54, Fauzie Nan pula hampa gerakan satu dua dengan Khairil Muhaimeen diselamatkan oleh Rizal Fahmi Rosid tidak lama kemudian.

Serangan demi serangan yang dilancarkan Sang Kenari akhirnya membuahkan hasil apabila hantaran lintang Badrol Bakhtiar pada minit ke-56 terus disambung pantas Azlan Ismail kedalam pintu gol Kelantan.

Azmi Muslim hampir mengandakan kedudukan tuan rumah apabila sepakan deras dari luar kotak penalti berjaya ditepis keluar penjaga gol Kelantan pada minit ke-66.

Kelantan melakukan dua pertukaran dengan memasukkan K. Soley dan S. Subramaniam bagi mengantikan Zairul Fitree dan S. Chanturu yang mengalami kecederaan.

Kemasukan K. Soley menambah daya serangan Kijang untuk mencari gol penyamaan dimana sentuhan bekas pemain Kedah tersebut hampir menyamakan kedudukan buat Kelantan namun pertahanan Kedah lebih pantas memintas sepakan pemain ini pada minit ke-76.

Bagi menambah sengat di bahagian depan, Nurul Azwan Roya digantikan dengan Nidzad Ayub dan kemasukan pemain muda ini memberi nafas baru kepada corak serangan Kelantan.

Hasilnya, hantaran lintang Nidzad Ayub gagal dikeluarkan pemain pertahanan Kedah dan Norshahrul Idlan terus melakukan sepakan deras menewaskan sama sekali Al - Hafiz di pintu gol tuan rumah pada minit ke-78.

Gol pertama menambah semangat pemain Kelantan untuk mencari jaringan kedua namun beberapa peluang yang sepatutnya sudah memberi tiga mata gagal disempurnakan Mod Ramzul Zahini Adnan dan ketua pasukan, Mohd Badri Radzi pada minit ke-86.

Dua percubaan tepat Norshahrul Idlan Talaha turut diselamatkan Al - Hafiz pada masa kecederaan manakala sepakan deras Badrol ditumbuk keluar Khairul Fahmi untuk kedudukan kekal 1-1 sehingga wisel penamat.

Tiga kad kuning dilayangkan pengadil kepada kedua-dua pasukan dengan Kedah menerima dua kad kuning melalui Sabree Abu dan Fauzi Nan manakala Kelantan pula menerima satu kad kuning kepada Mohd Daudsu Jamaludin.

Posisi Bola (%)
Kedah 49-51 Kelantan

Pemain Terbaik:
Norshahrul Idlan Talaha

Keputusan penuh Liga Super 2011 P5 : Kedah vs Kelantan

Keputusan Penuh :
Kedah 1(Azlan '57) - 1 Kelantan(NorShahrul 79')
Azlan Ismail hampir mengulangi episod yang sama buat

Kelantan seperti yang dilakukannya musim lepas hasil jaringan pada minit ke-57 perlawanan setelah mendapat hantaran silang dari Baddrol Bakhtiar.

Mujurlah NorShahrul berjaya memadam kelebihan jaringan Azlan pada minit ke-79 dan menyaksikan kebangkitan Kelantan setelah permainan diihat agak membosankan.

Kapten Pasukan,Badri Radzi seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila gagal menghasilkan gol buat Kelantan dipenghujung masa perlawanan apabila gagal menolak bola ke gawang walaupun penjaga gol Kedah telah tertewas...
Beliau mempunyai banyak peluang tetapi apakan daya beliau bukanlah 'kaki gol' untuk Kelantan dan hanya sesuai bermain dibahagian tengah bagi membuka lebih ruang kepada Ramzul dan NorShahrul.

Tahniah kepada pasukan Kelantan kerana berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah selepas lima perlawanan liga berlangsung.

Jumaat, 25 Februari 2011

Norshahrul jadi taruhan Kelantan

KOTA BHARU - Malam ini, skuad bimbingan Datuk M. Karathu akan berkunjung ke Stadium Darul Aman, Alor Setar untuk bertemu bekas juara tiga Piala Malaysia, Kedah dalam saingan Liga Super.

Turun selaku pasukan pilihan, bukan tugas mudah buat Kelantan.

Walaupun berjaya membenam seteru utama Selangor pada aksi pembukaan 27 Januari lalu, itu bukanlah tiket utama untuk The Red Warriors berada dalam zon selesa malam ini.

Kedah setakat ini yang hanya mampu mencatat satu kemenangan yang pastinya akan turun bermati-matian untuk memungut mata penuh di laman sendiri sekali gus membantutkan hajat The Red Warriors untuk mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super.

Kemampuan skuad bimbingan Ahmad Yusof menjinakkan Felda United dan mengikat pasukan tangga kedua liga, Perak pada perlawanan sebelum ini wajar diberikan perhatian.

Walaupun peminat meragui kemampuan Hijau Kuning ini, namun skuad yang rata-rata dibarisi oleh anak muda ini tidak harus dipandang mudah oleh anak-anak buah Karathu.

Kemasukan tunggak berpengalaman seperti Amar Rohidan, Mohd. Fauzi Nan dan Firdaus Fauzi dilihat mampu membentuk gandingan mantap bersama pemain yang sudah masak dengan pasukan Kenari seperti Azmi Muslim, Badrol Bakhtiar, Sabree Abu dan beberapa lagi pemain lain.

Perkhabaran kembalinya penyerang 'prolifik' Azlan Ismail dari kecederaan panjang serta pemain tengah kebangsaan Amar Rohidan, bakal memperkuatkan lagi barisan pasukan Kedah.

Berdasarkan rekod pertemuan bagi kedua-dua musim lalu agak seimbang.

Hasil empat pertemuan dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia kedua-dua pasukan berjaya mencatat satu kemenangan dan dua seri.

Berlainan pula bagi pendahulu Liga Super Kelantan, rentetan kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur tempoh hari pasti mahu dilakarkan di bumi Darul Aman dalam usaha mengukuhkan cengkaman di persada liga.

Sentuhan penggempur berbisa Norshahrul Idlan Talaha yang mendapat jolokan 'The linesman' di kalangan peminat setia Kelantan, pasti ditagih untuk merobek gawang gol Kedah yang dikawal ketat oleh Helmi Eliza Elias bersama pasangannya Muhammad Ramzul Zahini Adenan.

Bagi Kelantan, semua posisi sudah tampak hampir sempurna.

Sentuhan 'tangan ajaib' Khairul Fahmi Che Mat di gawang gol tidak perlu dipertikaikan selepas hanya melepaskan dua gol sepanjang empat perlawanan.

Kehilangan tunggak pertahanan musim lalu, Azizi Mat Rose yang berhijrah ke T-Team tidak memberikan banyak masalah buat Kelantan. Gandingan Zairul Fitree Ishak, bersama Mohd. Daudsu Jamaluddin, Mohd. Rizal Fahmi Rosid dan Mohd. Farisham Ismail dilihat cukup kental mempertahankan kubu Kelantan daripada dibolosi.

Barisan tengah pula menyaksikan keserasian sudah mula terbentuk.

Kemasukan pemain sayap baru Nurul Azuwan Roya dilihat memberikan impak besar buat Kelantan sekali gus menutup ruang kekosongan yang ditinggalkan oleh Indra Putra Mahyuddin.

Jentera serangan Kelantan dilihat sudah mula menemui sentuhan penyudah apabila berjaya meledak sembilan jaringan sepanjang empat perlawanan.

Kembali semula beberapa pemain yang mendapat jolokan 'Kelantan ekspres' dilihat akan menambah sengat di bahagian serangan seandainya kelibat Muhammad Ramzul Zahini tidak menjadi.

Dalam pada itu, Karathu melaungkan keyakinan untuk terus mengutip tiga mata pada perlawanan menentang Kedah.

Menurut beliau, tiga mata pada perlawanan itu sangat penting buat pasukannya jika mahu meneruskan cengkaman di persada liga.

Tambahnya, perlawanan di peringkat awal harus digunakan sebaik mungkin dalam usaha mengumpul seberapa banyak mata bagi memastikan Kelantan terus berada dalam kedudukan selesa.

‘Semangat pemusnah’ sandaran Karathu

KELANTAN akan turun ke Stadium Darulaman menentang Kedah, malam esok dengan jentera serangan yang memiliki ‘semangat pemusnah’ dan ketua jurulatih, Datuk M Karathu yakin rentak dimiliki The Red Warriors mampu membuat lawan terkulai nanti.

“Dalam pertemuan menentang Kedah ini, saya mahu melihat penyerang yang diturunkan nanti menyempurnakan semua peluang yang dimiliki.
“Tidak ada guna kita mempunyai banyak peluang sekiranya penyerang gagal untuk menyudahkan dengan baik,” katanya.
Ditanya mengenai peluang Kelantan pada perlawanan esok, Karathu berkata walaupun Kelantan bermain di tempat lawan namun peluang untuk menumpaskan pasukan 'Kenari' tetap ada.

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan tentang kekuatan mereka tetapi akan lebih menumpukan kepada kekuatan dan strategi sendiri. Pemain perlu bekerja kuat dan ikut semua arahan taktikal yang diberi, tidak mustahil kita mampu untuk menumpaskan mereka,” katanya.

Pasti sengit di Alor Setar


RAMZUL (kiri) antara penyerang muda dalam skuad Kelantan yang perlu diawasi musim ini.


PERTEMBUNGAN antara Kelantan dan Kedah di Stadium Darulaman malam ini cukup signifikan apabila kedua- dua pasukan turun dengan misi yang berbeza namun, matla- matnya tetap satu iaitu mengumpul tiga mata penuh.

Sang Kenari yang kini menghuni tangga kesembilan liga dengan lima mata daripada empat perlawanan dengan mencatat keputusan sekali menang, dua seri dan satu kalah pastinya mengimpikan kemenangan bagi memperbaiki kedudukan.

Bagi Kelantan, kemenangan di Alor Setar bukan sahaja mengukuhkan lagi tempat di singgahsana liga.

Ttetapi ia merupakan satu kemenangan moral selepas hanya mencatat keputusan seri pada perlawanan liga dan Piala FA musim lalu.

Hakikat tersebut disedari oleh pengendali The Red War- riors, Datuk M. Karathu yang cukup optimis dengan kemampuan anak-anak buahnya untuk turun dengan misi menggempur gawang Kedah, sekali gus membawa pulang tiga mata ke Kota Bharu.

Menurutnya, tiga mata tersebut sangat penting terutama di awal saingan kerana setiap pasukan perlu mengumpul seberapa banyak mata maksimum bagi menja- min keselesaan dalam liga selain suntikan moral kepada pemain.

"Kami cukup menghormati pasukan Kedah kerana mereka mempunyai pemain muda berbakat yang sudah lama bermain bersama selain mempunyai keserasian yang cukup baik. Saya menjangkakan pertembungan ini agak sengit.

"Namun, kita ke sana dengan misi untuk membawa pulang mata maksimum dan saya jangkakan pemain sudah mengetahui matlamat utama kami," katanya ketika dihubu- ngi semalam.

Tambahnya, beraksi di Alor Setar bukan sesuatu yang mudah kerana Kedah juga bakal turun dengan ribuan penyokong fanatik mereka selain rekod mereka yang mampu menjaringkan gol pada setiap perlawanan.

Jelasnya, fokus dan disiplin ketika beraksi pastinya menjadi tonik yang cukup penting kepada semua pemainnya dalam memburu kemenangan.

"Kita akan mengharungi tiga perlawanan sengit dalam tempoh lapan hari kerana selepas pulang dari Alor Setar, kami akan ke selatan tanah air untuk bertemu Johor FC dalam Piala FA sebelum bertemu Negeri Sembilan di Kota Bharu.

"Ia merupakan saat yang agak sukar buat pemain kerana mereka perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Saya percaya kita sudah berada di landasan yang terbaik untuk mengekalkan momentum kemenangan," ujarnya.

Mengulas mengenai jentera serangannya yang dilihat belum lagi mempamerkan taring, Karathu berkata: "Saya sudah nampak kelebihan dan kelemahan yang ada pada pemain, dan saya melihat potensi yang ada pada Ramzul (Zahini Adenan), cuma dia perlu bekerja lebih keras untuk memperkemaskan penyudahnya.

"Pemain-pemain lain juga berkemampuan untuk menjaringkan gol terutama ketika Norshahrul Idlan Talaha kini menjadi tumpuan dan kesempatan tersebut sepatutnya digunakan sebaik mungkin oleh pemain lain," jelasnya.

Rekod Pertemuan Liga Super
Kedah dan Kelantan

Liga Super 2009:

Kedah 1-2 Kelantan
Kedah: Badrol Bakhtiar (Pen) (m-25), Kelantan: Farhan (m-61), Khalid (m-65)
Kelantan 0-1 Kedah
Wan Zaim Wan Azizan (m-49)

Piala Malaysia 2009:

Kelantan 1-0 Kedah
Indra Putra Mahayudin (m-49)
Kedah 1-0 Kelantan
Sabree Abu (m-45)

Piala FA 2010:

Kedah 0-0 Kelantan
Kelantan 1-1 Kedah
Kelantan: Indra Putra Mahayudin (m-71), Kedah: Badrol Bakhtiar (m-74)

Liga Super 2010:

Kelantan 0-1 Kedah
Azlan Ismail (m-41)
Kedah 0-0 Kelantan

Kedah mln Kelantan




Sang Kijang turun berdepan lawan sebenar apabila bertandang ke Stadium Darul Aman, Alor Setar untuk saingan Liga Super 2011 menentang Kedah.

Perlawanan sebelum ini menyaksikan Kelantan terpaksa bergelut dengan prestasi untuk menewaskan T-Team FC dalam saingan Piala FA manakala Kedah pula tidak bermain setelah mendapat 'bye' ke pusingan kedua.

Untuk rekod pertemuan kedua-dua pasukan sepanjang 2010, Kelantan menewaskan Kedah dalam penentuan tempat ke separuh akhir Piala Malaysia namun dalam saingan Liga dan Piala FA, Kedah lebih bernasib baik untuk mengatasi Kelantan.

Bagi Kelantan, prestasi hebat permulaan musim 2011 menjadi tanda aras kepada mereka untuk mencapai kejayaan di Alor Setar malam nanti dan Kedah pula pasti tidak mahu sekali lagi mengecewakan hati peminat setia mereka yang terguris setelah persembahan hambar dalam perlawanan sebelum ini.

Melihat pada prestasi semasa dan purata jaringan setiap perlawanan, Kelantan memiliki peluang besar untuk menang setelah Kedah hanya mampu menjaringkan satu gol melalui sepakan penalti selepas empat perlawanan.

Saingan 90 minit di Stadium Darul Aman akan menjadi detik yang dinanti-nantikan para peminat kedua-dua pasukan setelah pertembungan sebelum ini menyaksikan perlawanan sengit ditunjukkan dari babak awal sehingga wisel penamat.

Namun, segalanya belum muktamad dan Ahmad Yusof ketika ini berada diatas zon tekanan kerana harapan tinggi peminat Sang Kenari untuk menyaksikan beliau dan anak buahnya dapat menamatkan permulaan buruk. Walau apa jua alasan yang diberikan, tiga mata wajib diraih dan kesebelasan utama yang dipilih diharuskan memberi aksi terbaik bagi menghapuskan seketika kritika yang dilontarkan kepada pemain dan pengurusan Kedah sewaktu ini.

Di kem Kelantan, para pemain dan pihak pengurusan pasti mahukan kemenangan sebagai hadiah pertama buat Datuk M. Karathu yang menyambut hari lahirnya pada hari kelmarin. Bukan senang mahu menundukkan Kedah sementelah pula beraksi di gelanggang lawan namun mereka pasti berjuang habis-habisan demi penghormatan buat ketua jurulatih baru tersebut.

Formasi

Kedah.

Ahmad Yusof menerima kritikan demi kritikan dari peminat pasukan Kedah kerana menampilkan corak tidak menarik bagaikan ketandusan idea menyebabkan skuad Kenari hanya mampu membolosi gawang lawan hanya sekali dari empat perlawanan Liga Super.

Tidak diketahui dimana silapnya bagi kem Kedah ketika ini kerana dengan barisan pemain yang sedia ada termasuk dengan kehadiran beberapa pemain yang beraksi dalam skuad negara, mereka langsung gagal menjaringkan gol yang diperlukan.

Dijangkakan dalam perlawanan ini, berlaku sedikit perubahan formasi dari Ahmad Yusof bagi menambah keinginan para penyerang untuk menembusi gawang Sang Kijang. Mungkin taktikal 4-4-2 atau 4-3-3 bakal diterjemahkan dengan mengharapkan jentera tengah lebih kreatif mengatur gerak melalui sayap dan melakukan hantaran lebih kerap kedalam kawasan penalti Kelantan.

Kelantan

Seperti biasa, Datuk M. Karathu pasti mahukan yang terbaik dari pemain Kelantan dalam setiap perlawanan dan setakat ini, setiap taktikal yang diatur berjaya dituruti para pemain dan empat kemenangan dari lima perlawanan membuktikan sentuhan mantan jurulatih Perak tersebut masih berbisa.

Setakat ini, dua corak digunakan M. Karathu iaitu formasi 4-5-1 dalam dua perlawanan awal dan 4-4-2 pada tiga perlawanan seterusnya. Dijangkakan formasi 4-4-2 bakal digunakakan Karathu bagi memberikan lebih ruang buat pemain penyerang melakukan serangan dengan lebih kerap.

Taktikal 4-5-1 mungkin diguna pakai andai Kelantan bertandang dengan niat mencatatkan seri atau mahu melakukan jaringan melalui serangan balas dan tidak mahu memberi tekanan pada bahagian benteng tetapi ia akan memberi kesan kepada pemain serangan yang bertindak keseorangan.

Karathu pasti tidak mengambil risiko dengan menerapkan taktikal yang mampu memberikan kelebihan pada pasukan lawan namun dalam perlawanan besar seperti ini kita harapkan Kelantan lebih agresif mengatur serangan kearah kubu pasukan lawan.

Kesebelasan Jangkaan

Kedah.


Berdasarkan pertemuan dengan Perak baru-baru ini, posisi penjaga gol pasukan Kedah diisi AL Hafiz Johari. Mungkin penjaga gol muda ini akan terus dikekalkan untuk melawan Kedah.

Bagi posisi pertahanan, Kedah dijangka menurunkan pertahanan Kebangsaan, Sabree Abu untuk mengetuai jentera benteng. Kemungkinan besar V.Thirumugan, Azmi Muslim dan Fauzie Nan turut dikekalkan dalam skuad untuk mengawasi penyerang Kelantan. Selain mereka berempat, Kedah tidak ketandusan pemain simpanan terbaik di posisi pertahanan kerana mereka turut memiliki Fazliata Taib, Shafizan Hashim serta dua pemain muda yang mampu menggalas tugas jika diperlukan.

Posisi tengah pula menghadapi tugasan berat untuk merencana serangan kearah kubu Kelantan dalam perlawanan ini. Namun, Ahmad Yusof pasti mahukan pemain yang diturunkan nanti dapat memberikan aksi lain dari perlawanan sebelum ini. Dijangka gandingan Badrol Bakhtiar, Amar Rohidan, Khairul Helmi Johari dan Ahmad Fauzie Shaari selaku ketua pasukan akan terus diletakkan dalam kesebelasan utama manakala Fiqry Isa dan Khayril Muhaimeen kekal di bangku simpanan.

Pemain serangan bakal mempertaruhkan penyerang kebangsaan, Ahmad Shakir Ali selaku penyerang utama dan rakan gandingan pemain ini mungkin menjadi rebutan antara Azlan Ismail dan Mohd Firdaus Fauzi. Berdasarkan perlawanan lepas, Azlan Ismail dilihat lebih berkeupayaan untuk diletakkan dalam kesebelasan utama kerana rekod jaringan pemain ini menentang bekas pasukan diwakili dilihat sangat baik. Mungkin Ahmad Yusof akan memberi Azlan Ismail dan Shakir Ali di permulaan pertama dan meletakkan Firdaus Fauzi serta beberapa penyerang lain di bangku simpanan.

Kelantan


Kelantan tidak tertekan untuk menurunkan barisan pemain dalam kesebelasan utama kerana pada waktu ini hampir kesemua pemain bebas dari masalah kecederaan kecuali S. Chanturu yang masih bergelut untuk sembuh dari kesakitan lutut.

Dijangkakan, penjaga gol nombor satu Malaysia ketika ini, Khairul Fahmi Che Mat akan diturunkan selaku pemain pertama dengan Mohd Shahrizan terus mengisi posisi simpanan buat kesekian kalinya. Walaupun baru pulang dari tugasan antarabangsa, Khairul Fahmi terus diharapkan kerana prestasi konsisten setiap perlawanan memberikan beberapa keputusan terus berpihak buat Sang Kijang.

Bahagian pertahanan pula kelibat Rizal Fahmi Rosid bersama dengan Farisham Ismail, Daudsu Jamaludin dan Zairul Fitree Ishak dalam kesebelasan utama. Namun Karathu masih mempunyai pilihan jika berlaku sebarang kecederaan kepada pemain utama kerana Wan Rohaimi, S. Subramaniam dan Aziz Ismail turut cergas untuk diturunkan.

Posisi tengah turut dijangka kekal dengan pemain sedia ada kerana Badri Radzi, selaku ketua pasukan Nurul Azwan Roya, Shakir Shaari dilihat menampilkan aksi baik setakat ini untuk membantu Kijang. Perlawanan ini juga menjadi detik istimewa buat seorang lagi pemain sayap Kelantan, Solehin Kanasian Abdullah kerana akan melawan bekas pasukan yang dibantunya pada 2007 mencatatkan kejuaraan treble. Jika diturunkan dalam kesebelasan utama, pastinya dia diharapkan memberikan persembahan menarik didepan peminat setia pasukan tuan rumah. Jika Karathu memilih untuk merehatkan Solehin, kemungkinan besar, Zulyusri atau Nidzad Ayub dijangka akan berada di posisi sayap kanan.

Pemain penyerang pula terus mengekalkan Norshahrul Idlan dan Ramzul Zahini dimana dua penyerang ini sudah membuktikan gandingan mereka mampu memberikan pulangan lumayan kepada pasukan Kelantan. Berhasil menterjemahkan lima gol dari sembilan jaringan keseluruhan setakat ini sudah cukup menunjukkan ketajaman mereka berdua di hadapan pintu gol pelawat. Dan Karathu pasti mengharapkan dua pemain ini terus berada dalam prestasi terbaik untuk membolos gawang pasukan Kedah. Khalid Jamlus kekal selaku penyerang simpanan namun jika pihak kejurulatihan mahukan sedikit kelainan, kemungkinan dia bakal dimasukkan selaku penyerang utama dengan Ramzul atau Norshahrul bakal direhatkan buat seketika.

Yang pastinya, Karathu mahukan anak buahnya dapat mencari jaringan di tempat lawan sambil mengharapkan pemain utama yang diturunkan tidak mengalami kecederaan serius. Perlawanan selepas ini menyaksikan Kijang bakal bertemu antara pasukan pilihan dan jikalau berlaku sesuatu pada pemain yang diturunkan, mungkin sedikit kesusahan bakal dialami dalam percaturan pasukan untuk mencari kejuaraan sulung saingan Liga Super.

Penyokong.

Seperti biasa, arena Darul Aman dijangka terus bergegar dengan sorakan emosi penyokong setia kedua-dua pasukan. Seperti pertemuan sebelum ini, puluhan ribu penyokong kedua-dua pasukan akan bertandang ke venue perlawanan. Diharapkan mereka semua terus menampilkan semangat kesukanan tinggi seperti mana ditunjukkan pada musim lepas. Talian persaudaraan antara penyokong Kedah dan Kelantan begitu tinggi dan biarlah ia kekal tanpa membawa sebarang insiden yang akan mencemarkan nama pada kedua-dua penyokong.

Datang Beri Sokongan Bukan Datang Bawa Hukuman, Bola Sepak Kita, Sokongan Bukan Ketika Menang kerana Sokonga Kita Untuk Sepanjang Zaman.

Ramalan Keputusan Kelatewaz
Kedah 1-3 Kelantan

Khamis, 24 Februari 2011

Kelantan perlu tonik

Kelantan bakal menghadapi Kedah dalam saingan Liga Super esok di Alor Star.Setelah bernasib baik hanya menang melalui sepakan penalti menentang T.Team,Kelantan sekali lagi diuji oleh satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan Kelantan iaitu Kedah musim lalu dalam saingan liga.

Walaupun pasukan Kedah telah kalah sekali dalam saingan liga super iaitu kepada Sabah,Pemain-pemain Kelantan seharusnya tidak memandang mudah pertemuan ini.Kedah yang membariskan ramai pemain kebangsaan sudah pasti ingin memadam rekod Kelantan yang belum kalah selepas empat perlawanan liga.

Sejak akhir-akhir ini kita boleh lihat kemerosotan beberapa pemain Kelantan yang ternyata telah merencatkan permainan keseluruhan pasukan.Aksi kapten pasukan,Piya ternyata dibawah prestasi sebenar beliau.Beliau sekarang lebih gemar bermain dibahagian serangan dan bahagian tengah yang ditinggalkannya dilihat kurang berfungsi kerana ketiadaan beliau.

Apa yang menghairankan Nizab Ayub masih lagi diberi kepercayaan oleh M.Karathu walaupun aksi beliau cukup membosankan...seolah-olah beliau adalah 'anak emas' kepada pasukan.

Perlawanan-perlawanan sebelum ini membuktikan bahawa bahagian sayap kanan Kelantan gagal mencipta ruang buat penyerang dan perlu perubahan drastik.K.Soley,Ramzul dan Nizab yang pernah diletakkan dibahagian ini telah gagal memainkan peranannya.,mengapa dan kenapa?

Ketua jurulatih M.Karathu perlu menambah tonik kepada pasukan andai ingin melihat Kelantan berjaya mengatasi Kedah jumaat ini.Pesan kepada Karathu jangan endahkan 'tangan-tangan ghaib' yang cuba mempengaruhi corak taktikal beliau,kita tidak mahu lihat kisah lama semasa B.Sathinathan berulang kembali.Kita juga tidak mahu melihat skuad 'kroni atau anak-beranak' menguasai pasukan,gunakanlah pemain-pemain yang ada,pilihlah yang betul-betul boleh bermain dan bukan berdasarkan 'anak emas' atau 'anak beranak' dalam skuad Kelantan.

Kami dibelakang menyokong penuh M.Karathu tanpa sebarang prejudis...jadikanlah Kedah mangsa terbaru kebangkitan The Red Warriors!!!
Malaysia 2 - 0 Pakistan

Separuh Masa Pertama :

Malaysia 2(W.Zaharul Nizam 3',Irfan fazail 45' + 3) - 0 Pakistan

Pakistan bermain dengan 10 orang setelah pemainya dibuang padang kerana mengasri Khairul Fahmi diminit-minit akhir separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menyaksikan kekebalan penjaga gawang Pakistan menafikan peluang Malaysia untuk menambah gol.

Siaran Langsung RTM1 dan Astro Arena

Rabu, 23 Februari 2011

Malaysia vs Pakistan

Info Kelayakan Olimpik London 2012 bagi peringkat Asia.

Tempat :Stadium Shah Alam
Tarikh :23 Feb 2011
Masa : 8.30 mlm
Live Astro Arena 801

Harga tiket : Dewasa RM 20,Kanak-kanak bawah 12 tahun RM 12

Tarikh dan tempat jualan tiket :
Pada 22 Februari 2011. Bermula pukul 9 am - 5 pm di Wisma FAM.
Pada 23 Februari 2011. Bermula pukul 9 am - 12 pm di Wisma FAM.
Pada 23 Februari 2011 juga dijual di Stadium Shah Alam bermula pada pukul 4 pm.

Perlawanan kedua melibatkan skuad olimpik Kebangsaan pada Rabu,9 Mac 2011 akan berlangsung di Staium Punjab,Lahore,Pakistan.

Selasa, 22 Februari 2011

Prebiu Kelayakan Olimpik 2012
Malaysia mln Pakistan


RedsFC
RedsFCNews@gmail.com

Keupayaan skuad Kebangsaan bawah 23 tahun bakal teruji apabila turun menentang Pakistan dalam aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam, malam esok.

Jika sebelum ini pasukan senior berjaya mengungguli pentas Asia Tenggara dengan muncul juara dalam Piala AFF, skuad muda negara menghadapi tugasan berat untuk meneruskan rekod kecermerlangan bola sepak Malaysia.

Dibarisi pemain serba pengalaman termasuklah pernah beraksi di Piala AFF dan Liga Slovakia, para pemain yang terpilih untuk perlawanan getir ini harus bijak menangani tekanan seterusnya mencari bekalan selesa sebelum bertandang ke arena lawan untuk perlawanan kedua.

Untuk catitan, Malaysia dan Pakistan bertemu sebanyak enam kali dalam perlawanan antarabangsa dengan pasukan Kebangsaan menang empat pertemuan dan seri dua kali. Berdasarkan rekod pencapaian tersebut, kelebihan berpihak kepada pasukan kendalian Ong Kim Swee dimana dapatkah mereka meneruskan rekod tersebut dalam perlawanan itu nanti.

Persoalannya, berapa banyak jaringan mampu mereka hasilkan keatas pasukan yang menduduki tangga ke 173 dunia tersebut.

Berbanding pasukan lawan, dengan kemudahan terhad disamping negara bergolak dengan permasalahan politik tidak kunjung tamat, dikhabarkan di laman rasmi Persatuan Bola Sepak Pakistan, dua pemain yang mungkin diturunkan pada perlawanan itu nanti berpangkalan di luar negara termasuk kelab divisyen di England.

Namun, sejarah sudah membuktikan bahawa negara yang serba kekurangan mampu mengejutkan pasukan yang lebih mempunyai kelebihan. Bagaimana persiapan pasukan negara untuk menghadapi gelora dari negara yang penuh dengan sejarah tersebut.

Malaysia

Telah diumumkan Ong Kim Swee senarai 18 pemain yang akan menggalas tugas negara dalam perlawanan menentang Pakistan malam esok dimana jurulatih Kebangsaan tersebut memilih beberapa pemain dari pasukan senior untuk memperkuatkan Malaysia.

Dengan kelibat pemain seperti Fadzli Shas, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli , Wan Zaharulnizam dan K. Gurusamy dalam skuad olimpik, tugas mudah bagi pengendali negara tersebut untuk merencana taktikal ampuh kerana pengalaman yang dimiliki mereka semua sepanjang berada di peringkat senior boleh diterjemahkan dalam perlawanan menentang Pakistan nanti.

Pemilihan Khairul Fahmi Che Mat, Ahmad Fakri Saarani dan Shakir Ali kedalam skuad bawah 23 tahun dilihat tepat dengan prestasi semasa mereka dimana harapan besar tergalas dibahu tiga pemain ini untuk membantu pasukan negara mencatatkan kemenangan di tempat sendiri.

Dua perlawanan persahabatan telah dilalui dan kemenangan besar dalam perlawanan terakhir menjadi faktor utama kepada Ong Kim Swee memilih pemain yang dapat memberikan pulangan berbaloi. Namun ia tidak boleh dijadikan ukuran selain mengharapkan pemain utama yang dijangka akan diturunkan nanti dapat mempamerkan persembahan baik serta fokus sepanjang masa perlawanan.

Senarai Pemain Malaysia

Khairul Fahmi Che Mat
Izham Tarmizi Roslan
Muslim Ahmad
Fadhli Shas
Mahali Jasuli
Affize Faisal Mamat
Faizal Muhamad
Ferris Danial
K. Gurusamy
Irfan Fazail
Gary Steven Robbat
S. Sivanesan
Wan Zaharulnizam Wan Zakaria
Wan Zack Haikal Wan Noor
Fandi Othman
Faizal Abu Bakar
Ahmad Shakir
Ahmad Fakri




Pakistan


Kunjungan singkat mereka ke negara Gajah Putih sebagai langkah persediaan awal sebelum menentang Malaysia mencapai satu keputusan yang memuaskan apabila mencatatkan dua perlawanan seri tanpa jaringan dengan kelab teratas Liga Divisen Satu sebelum tewas 1-2 kepada skuad Thailand bawah 23 tahun.

Perlawanan yang diatur Persatuan Bola Sepak Pakistan tersebut menunjukkan tahap keseriusan mereka untuk mengejutkan Malaysia dalam kelayakan olimpik nanti.

Kehadiran mereka ke Kuala Lumpur bukan semata-mata untuk bertahan tetapi memberikan saingan sengit kepada tuan rumah sebelum menanti kunjungan Malaysia ke Lahore untuk saingan timbal balik.

Pemain Pakistan

Tidak banyak diketahui tentang pemain Pakistan namun berdasarkan senarai pemain yang dikeluarkan di laman web Football Pakistani, pasukan pelawat dijangka akan menurunkan barisan terkuat untuk mencari keputusan positif sebelum balik ke negara mereka.

Dua pemain yang disenaraikan iaitu Yousof Ejaz Butt beraksi di Birkerod IF Skjold, Denmark dan Irfan Khan beraksi Bradford Park Avenue Association Football Club, England manakala pemain selebihnya bermain dengan pasukan tempatan.

Senarai pemain Pakistan.

Yousof Ejaz Butt (Birkerod IF Skjold, Denmark),
Amir Gul (NBP),
Muhammad Omar (KESC),
Manzoor Ahmed (WAPDA),
Alamgir Khan (Police),
Ahsan Ullah (PEL),
Obaid Majeed (KPT),
Ansar Abbas (Army),
Faisal Iqbal (NBP),
Syed Arif Hussain (WAPDA),
Hussnain Abbas (PIA),
Muhammad Tauseef (WAPDA),
Muhammad Adil (KRL),
Mahmood Khan (KRL),
Irfan Khan (Bradford Park Avenue Association Football Club, England),
Saddam Hussain (PIA),
Fahad Ullah Khan (PTV),
Jadeed Khan Pathan (WAPDA),
Rizwan Asif (KRL),
Kalim Ullah (KRL)





Ramalan Keputusan Kelatewaz News
Malaysia 2-0 Pakistan
Kijang Muda Raih Kemenangan.




Skuad Piala Presiden Kelantan bangkit dari kekalahan lalu untuk menewaskan Kedah 2-1 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Beraksi dengan 10 pemain, anak buah Zahasmi Ismail memberi aksi luar biasa sebelum memperoleh jaringan kemenangan pada minit ke-69 hasil tandukan ketua pasukan, Mohamad Faiz Suhaimi.

Permulaan babak pertama menyaksikan pemain kedua-dua pasukan saling mengatur rentak untuk mendapatkan jaringan penyamaan.

Kedah terlebih dahulu berpeluang didepan apabila Hattapon berjaya menjaringkan gol namun dibatalkan kerana pengadil mendakwa berlaku kekasaran kepada penjaga gol Kelantan, Judtanna Eh Put.

Kedah sekali lagi mengancam apabila sepakan percuma yang diperoleh mereka di luar kotak penalti terkena palang gol pada minit ke-25.

Kelantan yang seringkali bertahan akhirnya berhasil menjaringkan gol pertama melalui tandukan Aris Zaidi pada minit ke-33. Gol berpunca dari sepakan sudut Khairul Izuan Salahudin muntah dari tangkapan Mohd Muhaimin Mohamad sebelum Ariz Zaidi pantas menanduk masuk kedalam gol yang ternganga luas.

Tidak berputus asa, Kedah melancarkan serangan pantas untuk mendapatkan gol penyamaan namun beberapa gerakan yang dilakukan Hattapon, Muhammad Aminudin dan Mohd Aidi Huzaini melalui bantuan Tan Yang Wei seringkali tersekat di bahagian pertahanan Kelantan.

Akhirnya Kedah berjaya membolosi gawang Kelantan pada minit akhir separuh masa pertama melalui tandukan Mohd Aidi Huzaini menewaskan sama sekali Judtanna di pintu gol Kelantan.

Bersambung babak kedua, perlawanan berubah sedikit tegang apabila berlaku beberapa kekasaran tidak perlu daripada pasukan Kelantan dan Kedah.

Tanpa disangka, hasil dari pergelutan di sebelah kiri pada minit ke-50, Tuan Mohd Norhafizi menyiku pemain Kedah dan pengadil perlawananan tidak teragak-agak melayangkan kad merah terus kepada pemain pertahanan Kelantan tersebut.

Beraksi dengan 10 pemain, Zahasmi melakukan perubahan taktikal dengan mengarahkan anak buahnya mengatur serangan pantas melalui pemain sayap.

Serangan demi serangan yang dilakukan akhirnya berjaya memberikan Kelantan gol kedua melalui tandukan Mohd Faiz Suhaimi pada minit ke-69 setelah bola sepakan sudut dari Khairul Izuan terus ditanduk masuk ketua pasukan Kijang tersebut.

Kelantan sekali lagi hampir menambah jaringan melalui Farhan Yaacob tetapi situasi satu lawan satu dengan Mohd Muhaimin gagal menerjah jaring.

Kedah tidak mengalah apabila melakukan beberapa gerakan bahaya ke arah kubu Kelantan namun semua serangan mereka berjaya dikawal pertahanan tuan rumah selain masalah penyudah dari jentera serangan Sang Kenari.

Bagi memperkukuhkan kawasan pertahanan, Nick Chan dikeluarkan untuk digantikan dengan Mohd Faizol Nazlin pada minit ke-86 dan percaturan tersebut memberikan lebih kekuatan kepada Kelantan di bahagian benteng.

Setelah tambahan masa, kedua-dua pasukan gagal melakukan tambahan jaringan sebelum pengadil perlawanan membunyikan wisel penamat.

Sorakan penonton bakar semangat Fahmi

Khairul Fahmi Che Mat



Yakin boleh tewaskan Pakistan esok

“SAYA masih yakin sorakan penyokong menjadi faktor pembantu yang kuat untuk cabaran kami,” kata penjaga gol skuad negara, Khairul Fahmi Che Mat menjelang pertemuan menentang Pakistan dalam kelayakan Olimpik di Stadium Shah Alam, malam esok.

Penjaga gawang Kelantan yang menjadi antara 18 pemain terakhir dipilih semalam meminta rakan sepasukan lain mengaut peluang beraksi di halaman sendiri untuk mendapatkan modal selesa sebelum menentang lawan sama dalam perlawanan kedua di Lahore pada 9 Mac ini. “Saya yakin dengan sokongan padu peminat terhadap skuad kebangsaan, kita mampu mencatat kemenangan di Stadium Shah Alam nanti.

Saya akan cuba sebaik mungkin memastikan gawang negara tidak dibolosi dengan mudah oleh lawan,” kata Fahmi yang mula menyertai kem latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak Sabtu lalu.

Empat pemain negeri dengan selebihnya pemain Harimau Muda A mengisi senarai 18 pemain skuad kendalian Ong Kim Swee, yang berdepan dua misi penting tahun ini - kelayakan Olimpik 2012 dan mempertahan pingat emas Sukan Sea, November ini.

Sandaran Kim Swee memastikan Pakistan berputih mata dalam kunjungan ke Shah Alam, terletak di bahu barisan pertahanan kental diterajui Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohammad Fadhli Mohd Shas dan Mohd Faizal Muhamad.

Bagi mempertajam jentera serangan yang kehilangan khidmat Izzaq Faris Ramlan dan Syahrul Awari Ibrahim akibat kecederaan, Kim Swee memanggil dua tonggak Kedah, Ahmad Shakir Ali dan Faizal Abu Bakar serta penyerang Negeri Sembilan, Mohd Fakri Saarani.

Mahali Jasuli, K Gurusamy, Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal Wan Nor kemungkinan diberi kepercayaan sebagai perancang utama di bahagian tengah untuk mencorak permainan skuad Olimpik negara sekali gus merobek gawang Pakistan yang dikawal pemain kelab Denmark (Birkerod IF Skjold), Yousof Ejaz Butt.

Tiket perlawanan akan dijual mulai, hari ini di Wisma FAM, Kelana Jaya daripada jam 9 pagi sehingga 5 petang dengan harga RM20 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.

INFO

Senarai terakhir 18 pemain

Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Ahmad Shakir Ali (Kedah), Faizal Abu Bakar (Kedah), Mohd Fakri Shaarani (Negeri Sembilan), K Gurusamy, Mahali Jasuli, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Faizal Muhamad, S Sivanesan, Mohd Irfan Fazail, Wan Zack Haikal Wan Nor, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohammad Fadhli Mohd Shas, Gary Steven Robbat, Mohd Fandi Othman, Mohd Ferris Daniel Mat Nasir

Catatan Popular