KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 5 Disember 2010

Peminat TRW Kecewa Sikap Akmal Rizal

Ramai peminat The Red Warriors kecewa dengan sikap Akmal Rizal yang menghebohkan isu bonusnya pada media di waktu KAFA masih lagi menguruskan pembahagian bonus berkenaan dan Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa masih berada di luar negera. Isu ini tidak sepatutnya dihebohkan pada media kerana ianya boleh dibincangkan secara berdepan dengan pengurusan KAFA kerana perkara berkaitan bonus menjadi hak mutlak KAFA menentukan pemain yang dapat mengikut pertimbangan barisan kepimpinan dan Presiden KAFA.

Malah Tan Sri Annuar Musa sendiri pernah menjelaskan sebahagian bonus akan dimasukkan melalui gaji pemain yang bersama Kelantan pada musim depan (Baca Arkib Berita). Provokasi Akmal Rizal ini akan menambahkan lagi kekecewaan peminat The Red Warriors yang hampa setelah 3 pemainnya lari tanpa sebarang berita dan tidak muncul untuk memberikan penyelesaian secara baik kepada KAFA. Peminat The Red Warriors menyeru pemain yang merasakan diri mereka profesional dan mahu dilayan secara profesional, maka bertindaklah secara profesional. Para peminat The Red Warriors menghargai jasa dan bakti yang diberikan oleh pemain-pemain ini sehingga menjuarai piala Malaysia tetapi janganlah bertindak lebih sudu dari kuah dan tidak mengenang budi seolah-olah tidak boleh dibincang dalam hal-hal berkaitan.

Peminat The Red Warriors yakin KAFA dapat menyelesaikan perkara ini sebaik mungkin. Peminat akan terus berada dibelakang KAFA memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada skuad The Red Warriors demi mencapai kejayaan lebih gemilang pada 2011. Nantikan penjelasan Tan Sri Annuar Musa sekembalinya ke Malaysia pada 12 disember ini.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular