KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 7 Disember 2010

Kelantan Ke Perlawanan Akhir


Dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Emas Raja-Raja 2010, gol jaringan Ramzul Zahini Adnan pada babak pertama memberikan kemenangan tipis kepada Kelantan.

Dengan kemenangan ini, Kelantan layak ke perlawanan akhir edisi ke-70 menundukkan Terengganu dengan agregat 4-0.

Permulaan babak menyaksikan saingan seimbang disajikan kedua-dua pasukan dengan masing-masing cuba mengatur gerakan untuk mencari gol pendahuluan.

Kelantan lebih berpeluang didepan apabila Ramzul Zahini mendapat ruang luas melakukan percubaan namun bola sedikit tersasar pada minit ke-8.

Seminit kemudian, Terengganu pula melepaskan peluang baik didepan gawang apabila sepakan deras Mohd Sobri Abdul Rahman dari luar kotak tinggi melepasi palang gol.

Pada minit ke-11, Ramzul Zahini gagal menyambar hantaran Aris Zaidi ketika penjaga gol Terengganu, Mohd Shahril Saari sudah tertewas.

Terenganu terus kecewa apabila tandukanMohd Ridzuan Mazlan pada minit ke-16 sedikit tersasar.

Kelantan akhirnya didepan apabila Ramzul Zahini Adnan tidak mengsia-siakan hantaran baik Rosairil Asrul pada minit ke-17 untuk gol pertama.

Sang Kijang hampir mengandakan kedudukan pada minit ke27 namun hantaran sepakan percuma Rosairil Asrul berjaya dikeluarkan pertahanan Terengganu diatas garisan gol.

Mohd Sobri berjaya melepaskan sepakan dari luar kotak tetapi sepakannya melambung tinggi pada minit ke-36.

Minit ke-41, sepakan pemain tengah Terengganu sedikit tersasar walaupun Mohd Shahrizan sudah terkeluar dari pintu gol untuk melegakan kem Kelantan.

Pada babak kedua, Terengganu terlebih dahulu mengancam pada minit ke-49 namun sepakan Mohamad Zharif Ghani tersasar.

Kelantan dikurniakan satu sepakan percuma pada minit ke-51 tetapi sepakan lencong Khairul Izuan Salahudin terus ke dakapan penjaga gol Terengganu, Mohd Shahril Saari.

Pemain Terengganu, Mohd Zharif terus mengecewakan apabila peluang satu lawan satu dengan Mohd Shahrizan Ismail pada minit ke-54 diselamatkan penjaga gol Kelantan tersebut.

Pemain yang baru dimasukkan, Azezy Azli turut kecewa apabila sepakannya ketika berhadapan Shahrizan terus kepada penjaga gol Sang Kijang.

Terengganu berhasil menjaringkan gol tetapi dibatalkan setelah penjaga garisan terlebih dahulu mengesan kedudukan offside Mohd Fahmi Izzudin pada minit ke-78.

Seminit kemudian, serangan terengganu terus digagalkan dengan kecemerlangan barisan pertahanan Kelantan.

Di akhir babak, perlawanan mula berubah tegang dengan pemain Terengganu dan Kelantan mula melakukan terjahan kasar memaksa pengadil menghentikan perlawanan beberapa kali seterusnya melayangkan kad kuning terus buat pemain yang melakukan kekasaran..

Tambahan masa satu minit diberikan namun kedua-dua pasukan gagal untuk melakukan sesuatu sebelum Syed Azhar Syed Kamar membunyikan wisel penamat.

Lima kad kuning dilayangkan kepda kedua-dua pasukan sepanjang perlawanan.

Terengganu: Mohd bin Nik
Mohd Shahril Saari (PG), Mohd Shaiful Ezrin, Mohd Shahrul Ezrain, Mohd Sobri Abd Rahman, Mohd Fahmi Izzudin, Mohd Ridzuan Mazlan, Khairul Ramadhan, Zharif Abd Ghani, Zaharudin Che Hashim, Wan Muhd Firdaus, dan Wan Alias Jaafar.

Kelantan: Zahasmi Ismail
Mohd Shahrizan Ismail, Mohd Sani Nawi, Rosairil Asrul, Sharudy Aziz (k), Ahmad Ezrie Shafizie, Aris Zaidi, Nik Mohd Shahrul Azim, Aras Abdullah, Tuan Mohd Norhafizie, Mohd Izuan Salahudin dan Ramzul Zahini Adnan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular