KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 10 Disember 2010

Ranoorsyam Dalam Kenangan


Mohd Ranoorsyam Abdul Razak
27 Tahun (1983-2010)

Kita kehilangan seorang peminat tegar skuad Bola Sepak Kelantan setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya berdekatan Pagoh, pagi tadi.

Mohd Ranoorsyam merupakan seorang sahabat yang sukar dicari ganti. Walau hanya seketika mengenali beliau, Pakdo merupakan antara rakan terbaik pernah dikenali sewaktu menyokong pasukan bola sepak Kelantan. Kehilangannya sangat sukar untuk diterima. Namun, sebagai hamba Allah yang sentiasa percaya akan ketentuan yang telah ditetapkanNYA, pemergian Pakdo Ranoorsyam diiringi dengan kata-kata semoga arwah sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
DaripadaNYA kita datang dan kepadaNYA juga kita kembali.



Al Fatihah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular