KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 10 Oktober 2013

TSAM: Ayuh TRW, Tumpaskan ATM!

Penasihat KAFA Tan Sri Annuar Musa mahu TRW menumpukan sepenuh perhatian kepada pertembungan menentang ATM.
PENASIHAT Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengingatkan skuad The Red Warriors (TRW) supaya melupakan seketika kejayaan manis menyingkirkan pasukan Darul Takzim di peringkat suku akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pertembungan dengan Tentera (ATM) di peringkat separuh akhir.
Annuar menerusi satu kenyataan dalam laman sosial Facebooknya turut menganggap Tentera sebagai pasukan yang lebih hebat daripada Darul Takzim dan mampu menghalang TRW mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi musim lalu.
“TRW perlu melupakan dahulu kejayaan menewaskan Darul Takzim kerana menanti kita (di separuh akhir) adalah ATM yang lebih hebat. Malah ATM yang merampas Piala Sumbangsih dari kita di awal musim dan ATM juga yang menewaskan kita di Stadium Sultan Muhammad IV selepas hampir tiga tahun kita tidak pernah tewas di gelanggang sendiri.
“ATM yang bakal menghalang kita. Kita tahu satu sama lain. Justeru, kita tumpukan minda kita kepada separuh akhir di tempat lawan dan seterusnya hari penentu pada 25 Oktober (separuh akhir kedua) nanti. Tiada yang mudah, namun TRW diasuh untuk berjuang. Jika kita bukan yang terbaik, pastikan kita mampu menewaskan yang terbaik,” katanya.
Kelantan mengecapi kejayaan manis apabila membelasah Darul Takzim 6-1 pada suku akhir kedua di hadapan penyokong sendiri dan kemenangan itu menyaksikan TRW menyingkirkan pasukan  itu daripada saingan Piala Malaysia musim ini dengan agregat 8-5.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular