KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 16 Oktober 2013

‘Patah Tumbuh Hilang Berganti’

Mohd Shakir Shaari (kanan) dikatakan tonggak yang akan berpindah musim hadapan.
GERGASI pantai timur, Kelantan tidak panik biarpun dikatakan bakal kehilangan beberapa tonggak utama musim depan.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, perjuangan The Red Warriors perlu diteruskan meskipun kehilangan beberapa pemain utama yang kini dikaitkan bakal menyertai pasukan lain.
Ibarat kata pepatah – ‘Patah tumbuh hilang berganti’, Annuar sebaliknya memberikan jaminan kepada peminat fanatik Sang Kijang bahawa mereka akan memburu beberapa pemain berprofil tinggi bagi menggantikan pemain utama yang berhijrah musim depan.
“Kami tidak tertekan biarpun beberapa pemain utama dikatakan bakal berhijrah selepas ini.
“Selain Syakir Ali (Negeri Sembilan), kami juga bercadang memburu khidmat beberapa pemain Harimau Muda yang dilepaskan pasukan itu musim depan,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Kuala Lumpur semalam.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pemain-pemain Harimau Muda berkenaan.
Sebelum ini, antara pemain yang dikatakan bakal meninggalkan The Red Warriors termasuklah Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Muhammad dan juga kapten, Badhri Radzi.
Mengulas lanjut, Annuar memberitahu, hanya empat pemain – S. Subramaniam, Daudsu Jamaluddin, Shakir Shaari dan Norfarhan yang melahirkan hasrat meninggalkan Kelantan musim depan.
“Ia belum muktamad dan kami cuba mengadakan perbincangan terutamanya Norfarhan supaya kekal menyarung jersi Kelantan,” jelas beliau.
Dalam pada itu, Annuar juga memohon Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meningkatkan kawalan keselamatan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia, Jumaat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular