KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 18 Oktober 2013

Awe Tak Hilang Fokus

NORFARHAN Muhammad (kiri) dan Indra Putra Mahayuddin bakal menjadi watak penting buat Kelantan apabila berdepan ATM di Selayang, malam ini.
KOTA BHARU – Berita penghijrahan beramai-ramai tonggak utama musim depan yang kini tersebar luas, tidak langsung menjejaskan fokus Kelantan apabila bertandang ke Selayang untuk menghadapi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada separuh akhir pertama Piala Malaysia, malam ini.
Pengendali Red Warriors, Bojan Hodak sebaliknya menegaskan, motivasi anak-anak buahnya ketika ini cukup luar biasa selepas kejayaan membelasah pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim (Johor DT) 6-1 pada suku akhir kedua di Kota Bharu, 5 Oktober lalu.
“Saya tidak fikir spekulasi perpindahan pemain akan menjejaskan tumpuan pasukan apabila menentang ATM esok.
“Kami positif untuk memenangi perlawanan itu. Semua pemain Kelantan sekarang dalam mood yang baik selepas mengalahkan Johor DT, jadi kami yakin untuk membawa pulang keputusan yang bagus.
“Bagi kami, mengharungi separuh akhir kedua di laman sendiri pada 25 Oktober ini adalah satu perkara yang baik.
“Kami bermain di hadapan penyokong sendiri dan mempunyai kelebihan,” kata Hodak, semalam.
Sebelum ini, lima tonggak Red Warrios dikatakan sudah bersetuju untuk menerima tawaran pasukan Johor DT dalam Liga Super dan Johor (Liga Perdana) iaitu Shakir Shaari, Faiz Subri, Azizi Matt Rose, Norfarhan Muhammad dan S. Subramaniam.
Begitupun baru-baru ini, penyerang sensasi mereka, Norfarhan dikhabarkan mahu kekal bersama gergasi Pantai Timur itu musim depan. Perkara tersebut disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.
Malah, Hodak sendiri tidak terlepas daripada spekulasi apabila dikatakan bakal meninggalkan Kelantan untuk menyertai sebuah pasukan di utara.
Sementara itu, mengulas mengenai perlawanan malam ini, Hodak mengakui, ia ibarat pertembungan akhir kerana Kelantan dan ATM merupakan antara pasukan utama dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
“ATM adalah pasukan yang kuat dan wajar digeruni, tetapi kami juga berada dalam prestasi yang cukup baik, terutama selepas kejayaan menumpaskan Johor DT.
“Jadi kami turun dengan keyakinan yang sangat tinggi,” kata Hodak lagi.
Hodak juga berharap penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dan penyerang, Ahmad Fakri Saarani serta Shakir, yang beraksi untuk skuad kebangsaan pada kelayakan Piala Asia menentang Bahrain, Selasa lalu dapat berada dalam keadaan terbaik untuk diturunkan malam ini.
Pada ketika Norfarhan dijangka membentuk gandingan mantap bersama Dickson Nwakame di jentera serangan, dua tonggak berpengalaman, Indra Putra Mahayuddin dan ketua pasukan, Badhri Radzi bakal menjadi arkitek Kelantan di bahagian tengah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular