KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 11 Oktober 2013

‘Itu Semua Spekulasi’

SUBRA (kanan) sudah 80 peratus pulih.
Kota Bharu: Pemain pertahanan Kelantan, S Subramaniam berharap spekulasi penghijrahannya ke Johor Darul Takzim (DT) musim depan tidak mengganggu The Red Warriors (TRW) menghadapi perlawanan separuh akhir Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 18 dan 25 Oktober ini.
Pemain berusia 28 tahun itu mengaku masih belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana pasukan musim depan dan menegaskan dia masih milik Kelantan.
Dia turut mengaku memperoleh tawaran Johor DT selain beberapa pasukan lain.
“Saya harap spekulasi ini tidak menjejaskan persediaan pasukan bagi menghadapi pusingan separuh akhir dengan ATM. Saya masih dengan Kelantan dan kontrak saya akan tamat pada 30 November ini. Berita itu (penghijrahan ke Johor DT) sebenarnya spekulasi.
“Pada masa ini, hati saya masih di Kelantan dan saya juga hairan bagaimana media boleh mengatakan saya akan menyertai Johor DT musim depan sedangkan saya masih belum membuat sebarang keputusan.
“Kelantan juga menawarkan kontrak baru dan saya juga masih belum membuat keputusan,” katanya.
Selain Subramaniam, empat lagi tonggak, Mohd Norfarhan Mohamad, Azizi Mat Rose, Mohd Daudsu Jamaluddin dan Mohd Faiz Subri turut dilapor menerima tawaran daripada pasukan dari Selatan tanah air itu.
Subramaniam tidak dapat membantu pasukan Kelantan sepanjang musim ini selepas melakukan pembedahan lutut kiri berikutan kecederaan yang dialaminya pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang ATM musim lalu.
Subramaniam berkata, kecederaannya kini sudah pulih 80 peratus dan memerlukan masa sekurang-kurangnya satu atau dua bulan lagi untuk sembuh sepenuhnya.
“Saya kini masih dalam proses pemulihan. Memang tidak dinafikan saya rindu untuk turun beraksi dan membantu Kelantan, namun apa boleh buat saya hanya mampu memberi sokongan dari luar padang kepada rakan sepasukan.
“Walaupun ATM dianggap sebagai pasukan kuat, saya yakin Kelantan mampu melangkah ke akhir.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular