KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 2 April 2013

TRW Tekad Kekal Rekod



Bojan Hodak
Kota Bharu: Kelantan berharap untuk mempertahankan rekod tanpa kalah apabila bertemu pasukan Vietnam, SHB Da Nang FC dalam perlawanan Kumpulan G Piala Konfederasi Bolasepak Asia (Piala AFC) di Stadium Sultan Muhammad IV, hari ini.
Ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak berkata pasukan bimbingannya berazam meraih tiga mata daripada perlawanan itu walaupun ia mungkin tugas sukar kerana pelawat adalah pasukan terbaik dalam liga di negara mereka.
“Saya percaya perlawanan pasti sengit kerana mereka pasukan terbaik di Vietnam. Penyerang utama mereka penjaring terbanyak dalam Liga Vietnam. Mereka juga dibarisi pemain handalan yang bermain dalam pasukan kebangsaan mereka.
“Mereka pasukan amat berpengalaman dan pemain bermain bersama-sama sejak beberapa tahun lamanya. Mereka tidak banyak berubah dalam beberapa tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.
Kelantan, juara tiga piala Liga-M lalu, beraksi dalam dua perlawanan Piala AFC, menang satu dan seri dalam satu lagi perlawanan manakala SHB Da Nang menang dalam dua perlawanan.
Hodak berkata, beliau akan menurunkan kedua-dua pemain import, Dimitrios Pertratos dan Dickson Nwakaemi bagi perlawanan itu kerana prestasi kedua-dua pemain bertambah baik selepas bermain bersama-sama dalam beberapa perlawanan.
“Dickson membantu, Dimitrios melakukan jaringan, jadi saya harap mereka akan bermain seperti sebelum ini (dalam perlawanan ini),” katanya.
Ketua jurulatih SHB Da Nang, Le Huynh Duc pula berkata beliau akan menurunkan barisan terbaik untuk mengalahkan Kelantan di laman mereka sendiri untuk pulang dengan tiga mata dalam perlawanan pusingan kedua mereka.
“Tiga hari lalu, kami beraksi dalam Liga Vietnam dan kini datang ke Malaysia. Semua orang letih tapi kami akan cuba melakukan terbaik untuk mengutip mata penuh daripada perlawanan.
“Kami membawa pasukan terbaik kami yang menang enam perlawanan dan satu seri dalam Liga Vietnam. Saya fikir prestasi pemain berada pada tahap terbaik dan saya akan cuba menurunkan semua pemain terbaik dalam perlawanan itu nanti,” katanya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular