![]()
Secara realistiknya, prestasi terkini The Red Warriors dalam saingan Piala AFC, FA dan Liga Super 2013 masih mengikut target yang diberikan oleh Tan Sri Annuar Musa semasa awal musim 2013.
Untuk makluman, presiden KAFA meletakkan sasaran realistik dengan kemampuan semasa pemain yang ada iaitu sasaran top 4 untuk Liga Super, mara ke final Piala FA untuk memastikan Kelantan layak ke saingan Piala AFC 2014 dan layak ke separuh akhir saingan Piala AFC 2013.
Sememangnya diakui pencapaian semasa The Red Warriors setakat hari ini, dalam Liga Super dan Piala AFC masih belum mencapai target presiden KAFA tetapi jika diukur keupayaan semasa pemain dan ketua jurulatih tidak mustahil keputusan ini akan dicapai, namun ianya juga bergantung kepada sokongan padu penyokong The Red Warriors itu sendiri, jika emosi tewas sudah menghantui jiwa penyokong perkara yang tidak mustahil akan jadi mustahil untuk dicapai, jika kekentalan semangat masih menguasai jiwa tiada yang mustahil. Keyakinan akan membantu kebangkitan.
Jika diteliti The Red Warriors selepas 21 perlawanan keseluruhan Piala AFC/FA/LS, Kelantan telah berjaya mencapai keputusan 10 menang, 6 seri dan 5 kalah iaitu
![]()
Hasil daripada perlawanan ini, Kelantan kini berjaya mencapai:
Pencapaian ini jauh lebih rendah berbanding peningkatan hebat The Red Warriors sejak 2010. Aksi-aksi yang dipamerkan dalam perlawanan menentang PKNS dan Maziya Sport & Recreation sebenarnya tidak mempamerkan kemampuan sebenar The Red Warriors yang diramal mudah meratah lawan andai aksi sebenar dipamerkan.
|
LESEN
Ahad, 28 April 2013
Prestasi terkini The Red Warriors 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan