KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 17 Januari 2013

Kemunculan Askar Timbalan Setia, FAM Tunggu Aduan Rasmi


Tiga askar Timbalan Setia Negeri Johor berkawal semasa perlawanan Liga Super Kelantan menentang Johor Darul Takzim di di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kelmarin.
KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hanya akan menyiasat sekiranya ada aduan rasmi mengenai kehadiran askar Timbalan Setia Negeri Johor semasa perlawanan Johor Darul Takzim dan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, kelmarin.
Setiausaha Agungnya, Leftenan Jeneral (B) Datuk Azzuddin Ahmad berkata, setakat ini beliau belum menerima aduan rasmi mengenai perkara tersebut.
”Saya ada menerima aduan tidak rasmi mengenai isu terbabit, namun masih perlu menunggu sebarang aduan secara rasmi daripada mana-mana pihak.
”Pihak FAM akan menyiasat sebelum mengambil sebarang tindakan kerana kami perlu menilai segala bukti dan laporan,” katanya di sini, semalam.
Kehadiran askar Timbalan Setia itu mendapat reaksi kurang senang daripada peminat-peminat bola sepak di Kelantan seolah-olah suasana di Stadium Sultan Muhammad IV tidak selamat.
Selain itu, Azzuddin memberitahu, FAM akan menilai dua insiden berasingan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu yang membabitkan balingan objek ke dalam padang dan sementara di Kota Bharu, balingan mercun yang menyebabkan kira-kira 200 penonton Johor terpaksa diberikan kawalan keselamatan.
”Selaras mengikut peraturan sedia ada, FAM akan memproses aduan rasmi yang diserahkan kepada kami dan kes ini bakal dibawa ke dalam mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam masa terdekat.
”Buat masa ini, PBSNT (Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu) sudah mengemukakan aduan rasmi tetapi KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan) belum lagi berbuat demikian.
”FAM masih menunggu laporan rasmi daripada pegawai pertandingan dan rakaman video untuk dijadikan bahan bukti bagi kes terbabit,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular