KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 19 Januari 2013

Bojan tak resah tercicir mata


PETALING JAYA - Gagal mencatat kemenangan di tempat lawan apabila seri tanpa jaringan dengan Felda United di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya semalam belum menimbulkan resah kepada jurulatih Kelantan, Bojan Hodak.

Sebaliknya pengendali dari Croatia itu tetap berpuas hati dengan anak buahnya terutama rangkaian pertahanan dan tengah, serta pemain muda, Muhammad Izuan Salahuddin yang memiliki beberapa peluang gol sebaik sahaja dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.

"Semua pemain bekerja keras, secara keseluruhan semuanya baik termasuk pertahanan dan tengah yang melakukan tugas diperlukan, begitu juga dengan Izuan saya sangat gembira dengan prestasinya hari ini (semalam)," katanya kepada media selepas tamat perlawanan semalam.

Juara treble itu dilihat kurang mengancam pada separuh masa pertama namun selepas Izuan dimasukkan menggantikan Zamri Ramli pada separuh masa kedua barulah Kelantan mampu memberi ancaman kepada kubu pertahanan Felda United.

Pada minit ke-78 Izuan hampir meletakkan pasukan pelawat di depan melalui tandukan lambung namun percubaannya ditepis penjaga gol Felda United, Helmi Eliza Elias.
Bojan berkata, Izuan memerlukan beberapa perlawanan lagi untuk terus menyinar dan meraih pengalaman berharga.

sebenar untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama," katanya yang kehilangan Mohd. Nor Farhan Muhammad akibat kecederaan pada babak pertama semalam.

Sementara itu jurulatih Felda United, K. Devan berkata, dia sangat berpuas hati dengan kesungguhan yang dipamerkan pemainnya tambahan pula ia adalah perlawanan kedua mereka beraksi di tempat sendiri.
"Kami memang sasar untuk meraih tiga mata, di mana saya lihat dalam perlawanan ini siapa yang menjaringkan gol dia akan muncul sebagai pemenang tetapi kami gagal melakukan penyudah dengan baik.

"Kekurangan kami ialah tidak ada bantuan yang diberikan kepada Mohammed Ghaddar manakala pergerakan di bahagian sayap juga kurang, saya mengharapkan Nizam Abu Bakar tetapi dia tidak beraksi dengan baik," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular