KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 3 Jun 2012




Undian Suku Akhir Piala AFC 14 Jun Ini


ghaddartrwc



Kelantan yang berjaya meletakkan diri antara 8 kelab elit saingan suku akhir Piala AFC 2012 bakal di undi 
14 jun ini bagi memastikan lawan masing-masing dalam perlawanan suku akhir pertama dan kedua. Perlawanan suku akhir pertama akan berlangsung pada bulan september dan oktober 2012.
Pasukan yang terlibat dalam undian ini adalah Chonburi FC (Thailand), Al Shorta (Syria), Kuwait SC (Kuwait), Al Ettifaq (Saudi Arabia), Arema Indonesia (Indonesia), Kelantan (Malaysia), Arbil (Iraq) and Al Wehdat (Jordan). Pasukan dari timur tengah dilihat antara pasukan yang amat digeruni, namun harus diingat kesemua pasukan yang berjaya memasuki suku akhir ini sukar dijangka kehebatannya. Kelantan harus bersedia memperkemaskan semua barisan pemain.

Kelantan antara pasukan pertama dari Malaysia yang berjaya memasuki suku akhir melalui format baru pertandingan Piala AFC, jika dibandingkan pertandingan sebelum ini tiada saingan peringkat kedua atau kalah mati.

Ramai penyokong Kelantan mula mengimpikan Kelantan mara ke Asia Champion League (ACL), meskipun agak mustahil kerana ACL hanya layak untuk pasukan dari Liga yang diiktiraf gred A manakala Liga Malaysia masih bertaraf gred C dan hanya juara Piala AFC akan mara ke ACL, dalam bolasepak apa-apa pun sukar dijangka dan tidak mustahil Kelantan mampu melakukan sesuatu di luar jangkaan. GOMO KELATE GOMO.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular