KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 23 Jun 2012

Kelantan Jangan Lepaskan Peluang Jika Impi Juara Liga
bojanhodak
Kemenangan besar pasukan Lion XII (9-0) dan PKNS (4-0) ke atas Sabah dalam dua perlawanan lepas belum pasti membolehkan kesebelasan pemain dan seluruh penyokong Kelantan memandang mudah skuad sang badak ini.
Keputusan seri 0-0 pada saingan pertama 8 febuari lalu di stadium Likas bagai memberi peringatan awal pasukan Sabah boleh menjadi pemusnah buruan kemenangan Kelantan dalam misi mengejar juara jika perlawanan menentang Kuala Lumpur selasa lalu dijadikan sandaran.
Perlawanan malam ini bukan sahaja misi mengejar kejuaraan malah misi menebus kegagalan menjaringkan gol dan harapan besar diletakkan kepada semua pemain yang akan diturunkan menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri ini.
Kelantan dijangka tidak dapat menurunkan barisan pemain kental Obinna, Farisham, Aziz Ismail, Azizi dan Zairul Fitree. Namun itu bukanlah penghalang kepada Bojan Hodak yang memiliki barisan pemain gantian yang sedia memikul tugasan yang ditinggalkan pemain ini sebaik mungkin.
Media-media dari seberang tambak Johor sudah mula melancarkan perang psikologi untuk melemahkan skuad The Red Warriors dalam memburu misi kejuaraan Liga Super 2012. Walhal realitinya Kelantan tetap mempunyai peluang yang cerah mencabar kedudukan Lion XII yang sedang berehat.
Baki 7 perlawanan lagi untuk Kelantan meskipun diatas kertas nampak mencabar, seluruh penyokong Kelantan yakin kemampuan pemain-pemain kesayangan mereka mencipta kejutan demi kejutan nanti. Dalam sejarah baru bolasepak Kelantan tiada apa yang mustahil mampu dilakukan pemain-pemain Kelantan.
Sokongan padu penyokong diharapkan mampu menyemarakkan lagi semangat pemain sepanjang 90 minit berlangsung. Penyokong Kelantan di Sabah sudah membuktikan kemampuan dan kesetiaan mereka, malam ini giliran penyokong di Kota Bharu memberi impak lebih besar kepada keputusan malam ini.
Ayuh The Red Warriors bukan masanya lagi Kita mensia-siakan peluang yang ada dan mampu dilakukan The Red Warriors. Terima kasih diatas pengorbanan seluruh penyokong setia The Red Warriors. GOMO KELATE GOMO. YAKIN KELATE MENE!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular