KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 7 Jun 2012

Keita Mandjou Lawan Marlon Alex James


sathia1

Keita Mandjou dan Marlon Alex James, dua pemain bekas pemenang kasut emas 2006-2008 yang pernah membawa kegemilangan kepada Perak dan Kedah menjadi gergasi utama bolasepak Malaysia akan kembali bersaing di antara satu sama lain pada 8 jun ini di Kota Bharu. Mereka akan berentak dalam perlawanan persahabatan antara Kelantan menentang ATM, Marlon Alex James dilihat tiada masalah mencipta peluang gol berbanding Keita  Mandjou yang pertama kali akan turun menyarung jersi The Red Warriors dan mungkin mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan barisan pemain The Red Warriors.
Namun pengalaman luas Keita Mandjou diharap dapat membantu kesebelasan utama pemain dan ketua jurulatih Bojan Hodak mengatur serangan. Bagi penyokong Kelantan, perlawanan malam esok akan dijadikan sebagai pelepas rindu aksi The Red Warriors yang sudah lama berehat. ATM "The Galaticos Malaysia" bukan lawan mudah Kelantan, kedua-dua pasukan ini mempunyai prestasi dan penguasaan luar biasa dalam saingan liga masing-masing. Kehadiran B Sathianathan dan Hairuddin Omar menggamit kembali kenangan indah mereka sewaktu bersama Kelantan.

Aksi dua pemain kembar Zaquan Adha Razak dan Aidil Zafuan yang mampu mencuri tumpuan peminat bolasepak Kelantan mungkin tidak menyertai skuad ATM esok. Mereka masih bersama Norshahrul, Khairul Fahmi, Rizal Fahmi, S Chanturu, Shakir Shaari, S Subramaniam, Farisham dan Aziz Ismail menyertai skuad kebangsaan.

Gabungan kedua-dua pasukan untuk program bersama The Red Warriors pada 9 jun nanti pasti cukup menarik untuk dicatat sebagai kenangan terindah The Red Warriors dan peminat sepanjang 2012. Perarakan Piala FA 2012 sebelum sepak mula perlawanan persahabatan akan memeriahkan lagi aturcara program bersama ATM.

"KEMERIAHAN SEBENAR BOLASEPAK MALAYSIA HANYA ADA DI KELANTAN" DATO' M KARATHU.......................GOMO KELATE GOMO............. B SATHIANATHAN & HAI O tetap Lagenda Piala Malaysia Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular