KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 20 Jun 2012

Kelantan Berjaya Kutip 3 Mata Penuh Lagi
 
ghaddartrwc

Kemenangan tipis 1-0 Kelantan keatas Kuala Lumpur semalam sudah memadai untuk Kelantan terus unggul mengejar pendahulu liga meskipun Lion XII berjaya menundukkan Terengganu 1-0 di Kuala Terengganu pada malam tadi.

Kekalahan Terengganu kepada Lion XII telah menjadikan Kelantan satu-satunya pasukan yang menang dengan Lion XII dalam kedua-dua pusingan Liga Super. Dengan kelebihan 5 perlawanan berbanding Kelantan, Lion XII sekarang diekori rapat Kelantan dengan perbezaan 6 mata dan masih berbaki 7 perlawanan berbanding Lion XII hanya tinggal 2 perlawanan sahaja lagi. Kelantan hanya mengharapkan kemenangan 3 daripada 7 baki perlawanan sahaja lagi.

Persembahan hambar anak buah Bojan Hodak malam tadi hampir dihukum dengan kekentalan barisan pertahanan Kuala Lumpur. Kelantan bernasib baik memperolehi gol saguhati melalui sepakan penalti untuk meengesahkan 3 mata penuh berjaya ditambah Kelantan.

Perlawanan seterusnya Kelantan bakal bertembung Sabah yang kini menjadi skuad belasahan Lion XII dan Kedah, Seluruh penyokong Kelantan berharap Kelantan juga  mampu mengutip 3 mata penuh pada 23 jun nanti.

GOMO KELATE GOMO.......JUARA LIGA JADI TUMPUAN KITO....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular