KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 20 Oktober 2011

Terima Kasih...Terima Kasih...Terima Kasih Datuk Kar

Kami penyokong-penyokong setia The Red Warrriors ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Kar atas sumbangan yang telah diberikan sehingga membawa Kelantan menjulang dua Piala iaitu Piala Sumbangsih dan Juara Liga Super.


Harap Datuk Kar dapat lupakan segala kritikan yang telah dilontarkan oleh segelintir penyokong-penyokong The Red Warriors selama melatih pasukan kerana hanya jurulatih yang mengetahui segala keputusan yang dibuat.Penyokong hanya pandai mengkritik tetapi tidak mengetahui situasi sebenar yang dihadapi oleh Jurulatih.

Tidak dinafikan jawatan jurulatih bagi pasukan Kelantan adalah kerusi panas yang akan membuatkan seseorang yang diberi mandat untuk melatih Kelantan sentiasa berhadapan dengan tekanan tinggi dari 'jurulatih-jurulatih diluar padang yang tidak bertauliah' serta lebih 'arif' dari jurulatih sebenar.

Oleh itu mana-mana jurulatih yang ingin melatih Kelantan musim depan seharusnya mempunyai kekuatan fizikal dan mental serta taktikal-taktikan ampuh kelas A bagi menutup mulut 'jurulatih-jurulatih tidak bertauliah' ditempat duduk penyokong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular