KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 16 Oktober 2011

Karathu Letak Jawatan?

Ketua jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu menerima tekanan tinggi dari penyokong setia The Red Warriors ekoran penyingkiran dari saingan Piala Malaysia kepada Terengganu.


Banyak pihak mengecam tindakan beliau tidak menggunakan pemain berpengalaman dalam perlawanan penting menyebabkan Sang Kijang terpaksa akur setakat suku akhir.

Lebih malang, beliau digesa meletak jawatan dengan segera walaupun jasa yang ditaburkan kepada Kelantan dilihat sudah cukup berjaya daripada jurulatih lain.


Kejuaraan sumbangsih dan Liga Super sudah membuktikan betapa khidmat yang diberikan beliau memberi impak terbaik kepada delegasi The Red Warriors.

Siapa sangka, Sang Kijang yang dulu langsung tidak diberi harapan mengondol dua piala dalam saingan Liga Malaysia pada tahun ini selain mara sehingga ke perlawanan akhir Piala FA tetapi turut ditundukkan Terengganu.

Adakah itu belum cukup buat semua peminat untuk menghargai jasa seorang jurulatih yang sentiasa berdepan tekanan dan dilema untuk mempertaruhkan barisan terbaik pada setiap perlawanan.


Dalam laman Facebook peribadi, Datuk M. Karathu dilihat sudah memberi hint-hint untuk berundur dari tugasan mengetuai pasukan Kelantan.

Walau dikhabarkan sudah bersetuju menyambung kontrak, mungkin disebabkan desakan dan tekanan tinggi para peminat menyebabkan beliau mungkin terpaksa memikirkan kembali tempatnya selaku ketua jurulatih Kelantan untuk musim depan.

Jika beliau tidak lagi membimbing Kelantan dan memilih untuk bersara seperti laporan daripada mulut beliau sendiri, pihak RedsfcNews mengucapkan selamat maju jaya dan ucapan terima kasih kerana kepakaran beliau telah membantu Sang Kijang menjadi lebih kuat pada musim ini. -
simber redsfc news

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular