KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Lima Pemain Utama Berhijrah?

Dikhabarkan dari sumber yang boleh dipercayai, lima pemain utama Kelantan pada saingan Liga Malaysia 2011 bakal meninggalkan The Red Warriors untuk menyertai pasukan lain pada musim depan.


Antara yang disebut-sebut ialah dua tonggak tengah, Mohd Badri Radzi dan S. Chanturu dikatakan bakal melengkapkan perpindahan mereka kedalam pasukan Selangor.

Selain mereka, Ramzul Zahini Adenan turut dilaporkan akan meninggalkan skuad Kelantan tetapi tidak dinyatakan pasukan mana akan mengambil pemain ini.


Pagi tadi, para penyokong Kelantan turut digemparkan dengan berita perpindahan seorang pemain pertahanan yang dikhabarkan bakal menerima tawaran kontrak lumayan dari Sang Kenari.

Namun begitu, perpindahan lima pemain ini mungkin tidak menimbulkan kesan besar kerana Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sudah menyatakan mereka turut akan berbelanja lebih pada musim perpindahan kali ini.

KAFA sedang mengintai beberapa pemain tonggak pasukan lain berstatus pemain kebangsaan untuk diserapkan kedalam pasukan Kelantan musim depan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular