KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Skuad Kelantan Hampir Lengkap.

Skuad Kelantan 2012 hampir lengkap sepenuhnya dengan tiada perubahan besar dapat dilihat pada senarai pemain yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), kelmarin.


Hampir kesemua pemain utama yang menyarung jersi Sang Kijang pada saingan Liga Malaysia tahun ini tetap setia dengan menandatangani kontrak baru untuk saingan musim depan.

Ketua pasukan, Mohd Badri Radzi bersama S. Chanturu, Rizal Fahmi, Daudsu dan Nurul Azwan Roya menamatkan spekulasi perpindahan apabila turut kekal bersama Kelantan.



Mereka juga akan diperkuatkan dengan tambahan enam pemain tempatan berstatus bintang dimana empat pemain yang dirisik sudah menyatakan persetujuan untuk mewakili gergasi Pantai Timur tersebut.

Baki dua pemain lagi masih dalam rundingan dengan pihak KAFA, setakat ini segalanya masih berjalan lancar dan kemungkinan besar mereka bersetuju untuk menerima tawaran kontrak yang dikemukakan.

Pihak KAFA turut membawa naik empat pemain dari skuad simpanan, mengetuai senarai ialah bekas pemain 2009, Zamri Ramli bersama dengan Nik Shahrul Azim, Aris Zaidi dan Khairul Izuan Rosli.

Tiga pemain import masih dalam sesi pemilihan termasuk juga dengan pemain yang bakal dipinjam dari kelab Asia, jika tiada aral segalanya bakal selesai sebelum hari raya Aidiladha tidak lama lagi.

Selepas itu, skuad penuh Kelantan akan menjalani sesi latihan dibawah pengawasan Peter Butler sebelum terbang ke luar negara untuk memulakan persiapan pra musim selama dua minggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular