KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 20 Oktober 2011

Bayangan finalis Piala Malaysia 2011
Terengganu dan Negeri Sembilan bakal berentap.


Terengganu seperti diramalkan berjaya menundukkan juara 32 kali Piala Malaysia 2-0 di Shah Alam semalam.Dua gol dari pemain keramat Terengganu,Manaf Mamat berjaya menidakkan peluang Selangor untuk meneruskan misi 33 mereka.


Peminat-peminat bolasepak tanahair sudah menjangkakan bahawa final Piala Malaysia musim ini akan menemukan Terengganu dan Negeri Sembilan.Negeri Sembilan yang berjaya mengalahkan T.Team 4-2 di Kuala Terengganu sudah sebelah kaki ke final.

Terengganu dilihat lebih berpeluang untuk merangkul Piala Malaysia musim ini kerana telah melepasi ranjau paling sukar iaitu berjaya mengalahkan juara piala malaysia musim lalu Kelantan.Kemenangan keatas Kelantan membutirkan lagi Terengganu bakal bergelar Juara Piala Malaysia 2011.

Sama-sama kita nantikan keputusan pusingan kedua,mampukah Selangor dan T.Team bangkit ataupun merelakan Terengganu dan Negeri Sembilan ke pentas aksi final.

Keputusan separuh akhir pertama :

Selangor 0 - 2 Terengganu
T.Team 2 - 4 Negeri Sembilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular