KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 19 Februari 2010

Negeriku Jiwaku-Pencinta Bola Sejati PDF Cetak emel


Dikala semua peminat negeri lain masih mengkagumi bolasepak luar negara dan memandang rendah bolasepak negeri sendiri, peminat The Red Warriors terus berbangga dengan pasukan negerinya dan masih juga mengkagumi pasukan bolasepak luar negara seperti dari England dan negara lain. Suasana stadium keramat sentiasa dibanjiri air bah merah yang bergelombang apabila setiap kali bola menuju ke depan gol. Perbezaan ini amat ketara di negeri lain yang hanya dihadiri golongan fanatik bola tempatan sahaja. Suasana ini disuramkan lagi dengan kelemahan pentadbiran peneraju bolasepak negara dan liputan media sekadar melepas batuk ditangga. Tanpa pedulikan masyarakat negeri lain, peminat pahlawan merah akan terus memenuhi setiap pelusuk stadium di seluruh negara dan di mana sahaja skuad The Red Warriors beraksi.

Bunyi mercun sudah dipadamkan dengan tangkapan dan sorakan stadium kembali kedengaran meriah tanpa gangguan bunyi mercun walaupun baru-baru ini kedengaran sorakan "Air...Air..." menjadi versi sorakan baru di stadium. Kami bangga menjadi rakyat The Red Warriors yang sentiasa sayang dan cintakan bahasa sendiri, makanan sendiri, bangsa sendiri, pasukan sendiri dan segala-galanya menlibatkan Kelantan bermakna kami suka dan sayang. Budaya samseng di stadium mula berkurangan, fenomena membawa wanita dan ahli keluarga memasuki stadium sudah mula menjadi budaya masyarakat bolasepak profesional. Penyokong Kelantan sentiasa digegerkan dengan isu keganasan walhal isu yang baik seperti menyanjungi pasukan bolasepak tempatan dan perubahan drastik penyokong Kelantan sekarang tidak pula digegerkan.

Dengan perasaan terharu dan gembira peminat The Red Warriors bukan hanya sekadar memenuhi stadium malahan memenuhi laman web theredwarriors.com, Kelate.net, redkijang.net dan ruangan Facebook yang berkaitan The Red Warriors. Situasi ini tidak pernah dihebohkan oleh media dan kita sahaja yang perlu berbangga dan terus mengangkat hasil usaha dan semangat pengendali web, blog dan sebagainya dalam menyampaikan informasi yang menenangkan dan memuaskan hati kita semua. Barangan The Red Warriors dijual bagai goreng pisang panas dengan bermacam-macam pilihan barangan daripada sehelai Jersi hinggalah ke barangan yang lebih kecil dan besar, tunjukkan kepada kami negeri mana yang ada produk dan kehangatan penjualannya seperti negeri kami?. Biar kami dipandang rendah tetapi jiwa kami sentiasa tinggi, campaklah kami dimana sahaja kami boleh hidup dan bangunkan dari sekecil pulau hinggalah sebesar gunung. Kami boleh makan masakan dari semua negeri tetapi bukan semua rakyat negeri boleh makan masakan kami. Budu pelazat, nasi kerabu penyedap di mana sahaja adanya, kami akan cari.

Ayuh kita lupakan 1 kekalahan, kita terus menyokong skuad kesayangan kita hingga penghujung musim. Pedulikan apa orang luar kata pasal kita, yang penting kita sekarang sudah berubah ke arah lebih profesional dan menjadi pasukan dan penyokong terhebat di Malaysia.

PAKAT MAGHI TENGOK BOLA SABTU NI TU WEHHHH!!!!!

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular