KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 21 Februari 2010

"Badi Seri Memakan Diri"




"Aduh!!! seri 1-1 berat doh ni sek kito" itulah antara luahan kedengaran di penghujung perlawanan ketika mengharapkan jaringan gol The Red Warriors pada sisa masa tambahan. Namun apakan daya nasib tidak menyebelahi skuad The Red Warriors untuk meneruskan kecemerlangan musim lepas pada musim ini. Kelayakan ke perlawanan akhir Piala FA terpaksa dilupakan seperti hampanya pasukan dan penyokong Arsenal dan Manchester United untuk merangkul kejuaraan piala FA pada tahun ini.

Teknik hantaran jauh perlu ditukar kerana setelah melihat beberapa siri perlawanan pemain kita kurang keserasian dalam memanfaatkan teknik ini. Kebijaksaan dalam situasi kotak gol hampir tidak diguna pakai oleh semua pemain. The Red Warriors perlu cepat mengatasi kemarau gol di kalangan pemain bertaraf bintang kerana boleh dikatakan kesemua pemain bintang masih belum menunjukkan hasil yang memuaskan untuk pelaburan hebat ini. Kehebatan jaringan pada musim lepas seolah-olah hilang bersama kekalahan pada musim lepas. Dengan waktu rehat awal yang mencukupi pada bulan ini sebelum perlawanan TM Liga Super 2010 kembali pada bulan Mac ketua jurulatih dan pemain perlu mengubah cara dan taktik yang ada kerana telah menunjukkan kelemahannya. Pemain-pemain simpanan lain perlu dicuba kerana setelah melihat kelincahan Rizal Fahmi bermakna lebih ramai pemain simpanan perlu diberi peluang walaupun mungkin menganggap jangan mencari nahas, Adakah perlu diberi terus peluang pemain yang tidak mengeluarkan hasil daripada mencuba pemain yang mungkin mengeluarkan hasil?. Setelah melihat situasi muka ketua jurulatih dan Presiden tadi, dapatlah ditafsirkan hamburan kata-kata semangat sudah diluahkan oleh pihak pengurusan kepada pemain. Stastistik perlawanan keseluruhan amat baik cuma nasib tidak menyebelahi kita dan ramai penyokong mempertikaikan mutu pengadilan pada malam ini. Peluang The Red Warriors hanya tinggal pada 2 piala utama sahaja pada tahun ini iaitu Piala TM Liga Super dan Piala Malaysia, mungkin nasib The Red Warriors akan sama dengan nasib Negeri Sembilan pada tahun lepas yang kempunan Piala FA tetapi berjaya merangkul piala Malaysia 2010, sama-sama kita saksikan dan skuad The Red Warriors perlu membuktikan mengapa para penyokong mesti memenuhi stadium.

Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua penonton yang berjaya mengawal emosi mereka dengan baik dan tiada kejadian yang tidak diingini pada malam ini, walaupun berlaku sedikit provokasi keatas pengadil dan ketua jurulatih tadi dalam keadaan masih terkawal. Balingan objek dan mercun bukan lagi menjadi tradisi penyokong kami, Lihatlah dunia, Lihatlah Malaysia kami telah berubah menjadi lebih profesional dan kami sayangkan bolasepak negeri kami. Mungkin di dada-dada akhbar akan penuh kritikan dan tohmahan serta slot-slot yang terdapat sedikit kesalahan ditayangkan atau dipaparkan berulang-ulang dan diperbesarkan. Setelah itu menutup segala perubahan ke arah kebaikan yang ditunjukkan oleh keseluruhan penyokong The Red Warriors malam tadi. Selain itu sekalung penghargaan kepada pihak pengurusan, Polis dan pihak-pihak yang terbabit kerana berjaya menjaga keamanan dengan baik di kawasan stadium. Tahniah kepada Kedah.

Ucapan sms yang terpilih:

"Kami kecewa tetapi tidak bermakna kami menyerah kalah dan membiarkan stadium kami kosong serta dibiarkan pasukan tanpa penyokong, kami adalah penyokong sejati, pedulikan kekalahan tetapi kami amat berharap kebangkitan dan kemenangan....buktikan kepada kami ketua jurulatih dan pemain yang dipilih adalah yang terbaik untuk kami sokong" petikan dari sistem pesanan ringkas yang bernama Penampar Jepun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular