KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 4 April 2011

T-Team Bakal Jadi Penghalang.



Skuad Kijang bakal menghadapi laluan sukar untuk mengekalkan kedudukan mereka di tangga teratas Liga Super 2011 apabila bertandang ke Kuala Terengganu menentang T-Team FC, selasa ini.

Rekod pertembungan kedua-dua pasukan bermula sejak tiga tahun lalu sememangnya menjadi penyebab mengapa Red Warriors perlu berasa rungsing dengan kekuatan pasukan lawan.

Tambahan pula, Young Turtles kini dibarisi beberapa pemain ternama yang mampu memberikan ancaman besar selain menghalang Kelantan memungut kemenangan.

Malahan, pasukan lawan sudah kembali kepada prestasi sebenar serta sudah menemui sentuhan selepas dikritik hebat ekoran kekalahan demi kekalahan pada permulaan musim tempoh hari.

Kelantan ketika ini masih kekal selaku penguasa Liga Super selepas lapan perlawanan namun terus diekori rapat Selangor, Perak dan Felda United.

Perlawanan terakhir jumaat lepas, Sang Kijang berjaya menewaskan Harimau Muda 2-1 namun persembahan anak buah M. Karathu dikritik hebat para peminat.

Selain melepaskan banyak peluang keemasan didepan gol, pemain Kelantan turut gagal menguasai perlawanan menyebabkan pasukan muda kebangsaan berjaya mendominasi keseluruhan posisi diatas padang.

Diharapkan, ketua jurulatih Kelantan dan para pembantu dapat melihat secara serius kelemahan yang dipamerkan setiap pemain terutamanya posisi tengah.

Kunjungan ke T-Team bukan lagi untuk mencatatkan seri tetapi mencari tiga mata untuk terus kekal di takhta liga sekurang-kurangnya buat separuh musim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular