KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 6 April 2011

Indra, Farhan, Azizi Ajar Kelantan.


Tiga trio T-Team (3T) yang sering menerima cemuhan dari penyokong Kelantan ekoran perpindahan kontroversi membuktikan bahawa penghijrahan mereka ke Kuala Terengganu tepat.

Aksi kemas mengekang pemain Kijang selain serangan pantas kearah kubu pasukan Red Warriors memberikan mereka tiga mata penuh di gelanggang sendiri.

Tiada siapa menduga, bekas pemain tersebut menggunakan sepenuhnya kelemahan pasukan Kelantan untuk memberi pengajaran berguna kepada anak didik M. Karathu.

Kekebalan Azizi dengan bentesan baik, pintasan pantas serta 'man marking' keatas Norshahrul Idlan menyebabkan pemain Kelantan gagal melakukan asakan pada babak pertama.

Malah, Gol cantik Norfarhan Mohamad pada minit ke-45 dan Indra Putra Mahayudin pada minit ke-51 selain gerakan menarik dari tengah Farhan memberikan sepakan percuma disudahkan Zairo Anuar serta hantaran lintang Indra terus kepada Haris Safwan pada minit ke-79 sudah cukup untuk mengejutkan Kelantan.

Mereka bertiga ternyata menggunakan dengan baik perlawanan ini untuk menunjukkan kepada pasukan lama mereka bahawa mereka masih berkemampuan untuk mengajar pasukan yang memandang rendah keupayaan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular