The Red Warriors rebah lagi...
Kelantan terpaksa menelan pahit sepahit hempedu malam ini apabila di belasah teruk 4-0 oleh pasukan bimbingan Cikgu Jan iaitu Perak.Setelah diaibkan oleh T.Team minggu lalu,Kelantan sekali lagi rebah di gelanggang lawan dan seterusnya rekod cemerlang dua tahun menentang Perak berkubur begitu sahaja.
Ramalan penyokong-penyokong Kelantan bahawa Kelantan akan kalah malam ini ternyata benar...Namun apa yang menyedihkan kekalahan 4-0 sukar diterima penyokong-penyokong setia kerana pasukan Kelantan baru sahaja membelasah Felda United 6-0 di Kota Bharu sabtu lepas.
Perak ternyata mempunyai barisan pertahanan ampuh dan satu-satunya pasukan yang hanya dibolosi lima kali dalam kempen Liga Super musim ini.Kubu mereka sukar digempur dan pemain-pemain Kelantan seolah-olah ketandusan idea untuk mencari gol walaupun menguasai permainan.
Apa yang menghairankan penyokong,pertukaran pemain yang dilakukan oleh Kelantan agak tidak munasabah kerana Danial Fadly ternyata bermain cemerlang tetapi digantikan dengan Nizab Ayub.Manakala K.Soley digantikan dengan Izuan yang ternyata kedua-dua pemain gantian tersebut gagal menterjemahkan gol kepada Kelantan.
Pertukaran tersebut ternyata melemahkan jentera tengah Kelantan yang sudahpun kehilangan ketua pasukan Piya yang terpaksa direhatkan ekoran prestasi yang kurang memberangsankan.
Diharapkan M.Karathu dapat merubah posisi pertahanan yang ternyata gagal berfungsi dengan baik malam ini dan mengantikan dengan pemain yang sudah lama memanaskan bangku simpanan.Apa guna diambil pemain-pemain tersebut tetapi tidak diberi kepercayaan untuk bermain.
Jika tiada perubahan dari pihak pengurusan sudah pasti Stadium Sultan Muhammad ke-IV akan kembali 'sunyi' sabtu ini apabila Kelantan melayan kunjungan Sabah,Sabah satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan pasukan Perak musim ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan