KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 14 April 2011

Khairul akui prestasi merosot

KHAIRUL Fahmi menghalang rembatan Akmal Rizal Rakhli pada saingan Liga Super di Stadium Perak, kelmarin.

Antara punca Red Warriors dibelasah Perak

PENJAGA gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat akur prestasinya sedikit menurun tapi tampil melafazkan janji untuk pantas memulihkan diri apabila berdepan Sabah di Kota Bharu, Sabtu ini.

Kelantan terkulai layu di Ipoh, malam kelmarin apabila dibelasah Perak 4-0 dalam saingan Liga Super dan penjaga gol utama skuad negeri itu tidak menafikan dia ada kaitan dengan kekalahan itu yang menyaksikan pasukan tergelincir ke tangga ketiga ketika ini.

“Kekalahan kepada Perak menjadi pengajaran penting kepada kami terutama tidak mudah membuka ruang kepada lawan dalam meledak gol. Saya dapati pemain pasukan tuan rumah bijak mengelirukan benteng pertahanan untuk melakukan percubaan dan jaringan daripada pelbagai sudut.

“Saya akan perbaiki mutu persembahan selain mengharapkan kemantapan benteng pertahanan bagi mengekang asakan serangan lawan dan memastikan gawang Kelantan tidak mudah bolos pada perlawanan akan datang,” katanya.

Sementara itu, tidak dinafikan jurulatih skuad The Red Warriors, Datuk M Karathu agak terperanjat melihat ragam anak didik yang mudah rebah di Ipoh - perwatakan jauh berbeza ketika garang membaham FELDA United tiga hari sebelum itu.

“Saya terpaksa akur Perak bermain baik dan kemenangan itu wajar menjadi milik pasukan tuan rumah. Kealpaan Kelantan memberi dua gol awal nyata menjejaskan rentak pasukan dan semangat juang pemain sedikit menurun, walaupun turut mempunyai beberapa peluang terbaik menjaringkan gol tetapi tidak ada penyudah berkesan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular