KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 21 April 2011

Kelantan kembali bangkit


NORSHAHRUL (kanan) meledak dua gol untuk Kelantan pada aksi menentang Perlis kelmarin.


MENGHARUNGI dua perlawanan yang cukup mengecewakan terutama ketika tumpas di tangan pasukan Perak sebelum diikat Sabah di laman sendiri sehingga menimbulkan keresahan peminat pantas diubati oleh skuad The Red Warriors.

Lima gol yang diledak Kelantan ketika membenam cabaran Perlis di Stadium Utama, Kangar malam kelmarin membuktikan gergasi Pantai Timur itu masih berhasrat untuk memburu takhta Liga Super musim ini.

Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu menyifatkan kemenangan tersebut cukup bermakna buat pasukannya selepas mempamerkan aksi hambar dalam dua perlawanan sebelum ini selain bertindak sebagai tonik kebangkitan buat pasukannya pada pusingan kedua liga yang bermula esok.

Menurutnya, disiplin serta semangat untuk memenangi perlawanan adalah kunci utama kejayaan dan berharap momentum tersebut dapat diteruskan serta melupakan pengalaman pahit yang dilalui sebelum ini.

"Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan apa yang telah ditunjukkan oleh pemain. Kemenangan ini amat berharga buat kita dalam usaha merapatkan kembali jurang mata dengan dua pasukan di tangga teratas liga.

"Aksi sebegini mesti diteruskan jika mahu meneruskan tekanan ke atas pencabar terdekat. Ini merupakan kemenangan kedua kita di tempat lawan selepas berjaya menumbangkan Selangor pada perlawanan Piala Sumbangsih awal Januari lalu," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, beliau tidak menolak faktor kehadiran semula tiga tonggak utamanya, Norshahrul Ildan Talaha, Daudsu Jamaluddin dan Mohd. Shakir Shaari membolehkan Kelantan beraksi pada tahap sebenar.

Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Mohd. Badri pada minit ke-46, 66 dan 78, serta dua gol Norshahrul Idlan minit ke-6 dan ke-43.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular