KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 24 April 2011

Khairul Fahmi Keletihan.




Penjaga gol muda Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat mengalami keletihan melampau selepas menyertai pelbagai kejohanan dalam masa terdekat.

Bermula dengan perlawanan Piala AFF Suzuki, Kelayakan Olimpik, Liga Malaysia dan Perlawanan Persaahabatan Antarabangsa, pemain berusia 21 tahun tersebut belum mempunyai rehat yang mengcukupi.

Menurut penjaga gol berpengalaman Kelantan, Mohd Halim Napi, tahap permainan yang diberikan Khairul Fahmi semakin jatuh selepas mengharungi jadual padat sepanjang kariernya.

Khairul menjadi pemain tonggak pasukan Kelantan dan Malaysia menyebabkan pemain ini tidak mempunyai satu ruang yang luas untuk merehatkan diri dari tekanan perlawanan.

Malah, ketika pemain lain mendapat rehat selepas aksi Liga dihentikan, Khairul Fahmi terpaksa menyertai skuad kebangsaan selain pergi ke Kuala Lumpur terlalu kerap untuk menyertai aktiviti luaran seperti pengambaran dan penajaan.

Benar Khairul Fahmi menjadi pemain utama, jika dia tiada rehat selepas ini, mungkin prestasi dia akan semakin merosot, jelas Halim lagi.

Untuk catitan, Khairul Fahmi Che Mat akan mengharungi jadual padat untuk saingan Liga Super, Kelayakan Olimpik dan Kelayakan Piala Dunia sehingga bulan Julai ini.

SUMBER REDSFC NEWS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular