KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 23 April 2011

Red Warriors Tundukkan Singa Utara.

The Red Warriors nyata berada dalam kelas tersendiri apabila mudah menewaskan Perlis 4-0 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Empat jaringan sumbangan dari Mohd Izuan Salahudin, Norshahrul Idlan Talaha, Nidzad Ayub dan Mohd Badri Radzi memberikan tiga mata penuh buat Sang Kijang.

Permulaan perlahan ditunjukkan kedua-dua pasukan pada 20 minit babak pertama perlawanan apabila percubaan terbaik yang dilakukan hanyalah melalui percubaan tinggi melewati palang gol pada minit ke-6 oleh Norshahrul Idlan Talaha.



Selepas percubaan meliar Mohd Hafiszuan kepada Perlis pada minit ke-26 barulah perlawanan berubah rancak dengan serangan bertali arus dari pasukan Perlis dan Kelantan.

Norshahrul Idlan memulakan rentak laju dengan percubaan jarak dekat pada minit ke-27 namun penjaga gol pelawat, Mohd Amirul Rosli mudah membaca arah sepakan tersebut.

Sepakan separa volley Mohd Badri Radzi pada minit ke-36 melambung tinggi manakala lintangan dari dalam kotak Solehin Kanasian Abdullah seminit selepas itu hanya melintasi pintu gol Perlis tanpa sempat disambar Ramzul Zahini dan Norshahrul Idlan Talaha.


Sehinggalah minit ke-40, melalui satu lontaran Zairul Fitree Ishak dari sebelah kiri, Norshahrul melakukan lorongan baik terus disepak lencong Mohd Izuan Salahudin untuk gol pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua, Kelantan memulakan serangan pertama kearah pintu gol Perlis dan Norshahrul bijak mennggelecek Mohamad Rozaidi sebelum melepaskan sepakan kencang hasil hantaran dari Mohd Daudsu Jamaludin pada minit ke-50 untuk gol kedua tuan rumah.

Kelantan membuat pertukaran pertama memasukkan Danial Fadly bagi mengantikan Ramzul Zahini yang mengalami kecederaan dan ternyata kemasukan pemain ini banyak membantu Sang Kijang melakukan gerakan dari kawasan tengah.



Pada minit ke-55, lorongan Danial Fadly kepada Solehin Kanasian disepak keluar manakala cubaan jarak jauh Danial ditepis penjaga gol Perlis sebelum terkena palang untuk sepakan sudut buat tuan rumah.

Enam minit selepas itu, Mohd Daudsu Jamaludin membuat percubaan dari luar kotak penalti tetapi Mohd Amirul Rosli lebih bersedia menyelamatkan pintu golnya dari dibolosi buat kali ketiga.

Cubaan Norshahrul dari dalam kotak penalti pada minit ke-62 ditampan keluar pertahanan Perlis.

Pasukan pelawat hanya sekali sekala melakukan serangan hampir merapatkan jurang pada minit ke-66 namun tandukan Mohd Fadly Baharum tidak membahayakan Khairul Fahmi.


Kelantan melakukan pertukaran seterusnya memasukkan Nidzad Ayub mengeluarkan Solehin Kanasian dan penyerang muda ini tidak menunggu lama meletakkan nama dalam senarai penjaring apabila menyempurnakan dengan baik umpanan Danial Fadly Abdullah pada minit ke-68.

Dua minit kemudian, percubaan dari jarak 25 meter pemain tengah Perlis tersasar sedikit dari sebelah kiri pintu gol Sang Kijang.

Kelantan terus mengganas apabila Mohd Badri Radzi memanfaatkan kesilapan pemain pertahanan Perlis gagal mengeluarkan bola dari kotak penalti dengan sungkitan deras kearah pintu gol menewaskan Mohd Amirul Rosli buat kali keempat pada minit ke-73.



Kelantan sekali lagi mengancam kubu pelawat dengan sepakan percuma kencang Danial Fadly terus kepada penjaga gol pada minit ke-77.

Nidzad Ayub hampir menjaringkan gol kedua peribadi apabila cubaan hasil hantaran dari kawasan bawah Danial Fadly terkena palang gol pada minit ke-83.

Danial Fadly pula menyaksikan sepakan dari sebelah kanan hasil hantaran Khalid Jamlus dapat dibaca Mohd Amirul Rosli pada minit ke-84 dan tandukan bebas Mohd Izuan Salahudin seminit selepas itu hasil hantaran lintang Mohd Badri Radzi sedikit tersasar.

Kelantan hampir menjaringkan gol kelima pada minit ke- 87 namun sentuhan Nidzad Ayub kedalam gol dibatalkan pengadil selepas dikesan terlebih dahulu berada dalam keadaan offside.



Badri Radzi melakukan percubaan dari jarak 45 meter tinggi melepasi pintu gol Perlis manakala sepakan deras Danial Fadly terkena tiang hasil hantaran satu dua dengan Khalid Jamlus pada minit ke-91 menutup tirai perlawanan dengan Kelantan mencatatkan kemenangan besar dihadapan 18 000 penyokong setia.

Kesebelasan Utama

Kelantan: Datuk M. Karathu.
Khairul Fahmi Che Mat (Gk), S. Subramaniam, Mohd Farisham Ismail, Mohd Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha (Khalid Jamlus), Solihin Kanasian Abdullah (Nidzad Ayub), Daudsu Jamaludin, Mohd Badri Radzi (Kp), Ramzul Zahini Adenan (Danial Fadly), Zairul Fitree Ishak dan Mohd Izuan Salahudin.

Perlis: Mohd Salim Tofel Mohamad.
Mohd Amirul Rosli (Gk), Mohd Sani Mohd Isa, Mohamad Rozaidi (Kp), Mohd Faiz Subri, Mohd Hafiszuan, Mohd Fadly Baharum, Syed Mohd Abd Ghafar, Mohd Hisyam Shofi, Mohd Alif Aswat, Tengku Mohd Adam dan Hadi Syahmi Hamzah.

Pengadil: Ramli Mat Dahan.
Pen 1: Nejoy Naking.
Pen 2: Khalid Mohd Nor.
Peg. 4: Mohd Ezani Mohd Said.

SUMBER REDSFC NEWS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular