KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 10 April 2011

ARMY Terima Sambutan Hangat.

Sathia dan wakil Happy Prepaid sedang memeriksa padang untuk sesi pemilihan


Sesi pemilihan pertama Akademi Al - Hamra Red Warriors (ARMY) bagi zon Kota Bharu menerima sambutan menggalakkan dari bakat-bakat muda di negeri Kelantan.

Program yang mendapat kerjasama penuh dari penaja, Happy Prepaid bakal membuka tirai di Padang SIC, Kota Bharu sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, Tumpat, 16 April ini.

Sesi pemilihan ini mencatatkan sejarah tersendiri kerana menerima sejumlah 1000 penyertaan dari bakat muda berumur 13 hingga 16 tahun.

Menurut jawatankuasa pendaftaran, mereka menerima lebih dari 1000 penyertaan dan ketika ini kita melakukan saringan awal bagi memilih peserta yang betul-betul menepati syarat yang telah ditetapkan.

Sebelum ini, KAFA melalui B. Sathianathan telah memperkenalkan program ARMY bagi mencari bakat muda yang dapat diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Pelbagai modul dan program telah disusun bagi memberi pendedahan berguna kepada semua peserta yang akan terpilih.

Untuk permulaan, KAFA mencari 240 peserta untuk diserapkan dalam satu akademi dimana kesemua peserta ini akan dinilai dari masa ke semasa untuk melihat tahap perkembangan mereka dalam sukan bola sepak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular