KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 15 April 2011

President Warriors Kejutkan Sabah.

Azyu sumbang dua gol menewaskan Sabah 2-1 di Kota Bharu, kelmarin.


Skuad Piala Presiden Kelantan mengejutkan pendahulu Liga, Sabah 2-1 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, petang kelmarin.

Bermula perlahan, Kelantan dikejutkan seawal minit ke-6 apabila rembatan jarak jauh Mohamad Rozaimi Abdul Rahman terus menerjah jaring menewaskan sama sekali Mohd Syazwan di pintu gol.

Terkejut dengan jaringan gol pelawat, pemain muda Sang Kijang pantas memperkemaskan rentak permainan untuk mencari gol penyamaan.

Farhan Yaacob hampir memberikan jaringan pertama pada minit ke-28 namun sepakan percuma lencong berjaya dibaca penjaga gol Sabah, Endre S. Tipay.

Usaha mereka akhirnya berbaloi selepas Mohd Azyu Ikmal pantas melepaskan sepakan kencang ke penjuru pintu gol Sabah pada minit ke-34 selepas melepasi kawalan dua pemain pertahanan Sabah.

Gol penyamaan membuka semangat pemain President Warriors dan tanpa diduga, bermula dari gerakan Nick Chan kepada Norhamizi Haron, penyerang Kelantan, Azyu Ikmal terus menyambung masuk lintangan pemain sayap tersebut untuk gol kedua pada minit ke-39.

Bermula babak kedua, Kelantan melancarkan serangan bertali arus untuk menambah gol.

Bermula dengan sepakan percuma meliar Izuan Rosli, hantaran lintang Farhan kepada Norhamizi Haron pada minit ke-49 gagal menembusi gawang walau penjaga gol pelawat sudah tertewas.

Farhan Yaacob mendapat peluang cantik pada minit ke-53 namun dia memilih menyepak lemah ketika hanya berhadapan dengan penjaga gol Sabah.

Tiga minit kemudian, Farhan Yaacob melakukan satu percubaan kaki kiri dari luar kotak penalti tetapi Endre S. Tipay sudah dapat mengagak arah cubaan pemain ini.

Pada minit ke-59, Faiz Suhaimi gagal menanduk masuk hantaran Izuan Rosli walaupun tidak dicabar pertahanan Sabah.

Azyu pula gagal menyempurnakan hatrik selepas gopoh menyudahkan hantaran Izuan pada minit ke-60.

Izuan Rosli terus menjadi duri dalam daging kepada Sabah apabila hantaran cantik kedalam kotak penalti kepada Farhan Yaacob pada minit ke-64 disudahkan dengan tandukan lemah kepada Endre S. Tipay.

Tujuh minit selepas itu, Izuan Rosli berpeluang meletakkan nama selaku penjaring namun Dendy Lowa lebih pantas menyelamatkan sepakan pemain ini diatas garisan gol.

Pada minit ke-74, sepakan percuma Tuan Mohamad Norhafizie dari jarak 40 meter melambung melepasi palang gol manakala cubaan dari luar kotak penalti ketua pasukan Kelantan ini turut tersasar.

Pada minit ke-82, Sabah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Muis Mursalam dilayangkan kad merah terus selepas bertindak kasar keatas pemain pertahanan tuan rumah sehingga berlaku sedikit ketegangan pemain diatas padang.

Beraksi kurang seorang pemain tidak menghalang Sabah untuk melakukan serangan pada minit-minit akhir mencari gol penyamaan.

Usaha mereka hampir berhasil pada minit ke-90 apabila Mohd Syazwan lebih bersedia menumbuk keluar sepakan jarak dekat Sabah untuk memberikan tiga mata penuh kepada pasukan President Warriors di gelanggang sendiri.

Kesebelasan Utama:

Kelantan: Zahasmi Ismail.
Syazwan (Gk), Faiz Suhaimi, Zabeel Mat Nor, Faizol Nazlin, Khairul, Izuan Rosli, Farhan Yaacob, Azyu Ikmal, Nick Chan, Norshahrul Hawari, Norhamizi Haron dan Tn. Md Norhafizie.

Sabah: Timbangan @ Gousutim Ganai.
Endre (Gk), Muis Mursalam, Md Adiafandi, Md Azlan (Kp), Zul Mansshah, Apolinario Talakos, Zackkalani Antanom, Dendy Lowa, Azuan Samah, Md Rozaimi Rahman dan Didie Rizal.

Pegawai Perlawanan

Pengadil: Mohd Faiz Che Mud.
Pen 1: Mohd Ezani Said.
Pen 2: Mohd Hasrol Mohd Amir
Peg. 4: Muhd Hafizi Kasmari



Statistik Perlawanan

Gol
Kelantan 2-1 Sabah

Percubaan (Tepat)
Kelantan 17 (10)- (6) 9 Sabah

Sepakan Sudut
Kelantan 7-6 Sabah

Offside
Kelantan 7-3 Sabah

Kad Kuning
Kelantan 1-0 Sabah

Kad Merah
Kelantan 0-1 Sabah

Posisi Bola (%)
Kelantan 55-45 Sabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular