El Clasico 26 April 2011: Juara Piala Malaysia vs Juara Liga Super
El Clasico 26 April 2011: Juara Piala Malaysia vs Juara Liga Super
Pertembungan Kelantan dengan Selangor merupakan perlawanan
yang cukup dinanti-nantikan oleh para peminat bolasepak Malaysia setiap tahun.
Kombinasi antara Daudsu dan Norshahrul mula menampakkan
hasil yang cukup lumayan kepada The Red Warriors musim ini.
Nak tahu rekod pertemuan mereka tak? ini kira macam El Classico juga nie..hehe...macam Real lawan Barca la katakan... Bagi Kelantan, mereka dilihat agak kebal musim ini di Kota Bharu dan selalunya pasukan lawan pasti pulang sedikit hampa... Kalau pihak lawan bernasib baik, mereka akan pulang dengan sekurang-kurangnya satu mata sepertimana Sabah dan Terengganu sebelum ini..
Sat | 29/01/11 | SUL | Selangor | 0 - 2 | Kelantan | View events | More info |
Fri | 15/10/10 | MAC | Kelantan | 3 - 0 | Selangor | More info | |
Tue | 12/10/10 | MAC | Selangor | 0 - 0 | Kelantan | More info | |
Sat | 10/07/10 | SUL | Selangor | 1 - 1 | Kelantan | View events | More info |
Fri | 12/03/10 | SUL | Kelantan | 0 - 0 | Selangor | More info | |
Sat | 25/04/09 | FAC | Selangor | P 1 - 1 | Kelantan | More info | |
Sat | 11/04/09 | SUL | Kelantan | 1 - 1 | Selangor | View events | More info |
Sat | 28/02/09 | SUL | Selangor | 3 - 0 | Kelantan | View events | More info |
Tue | 15/07/08 | MAC | Selangor | 4 - 1 | Kelantan | More info | |
Mon | 30/06/08 | MAC | Kelantan | 5 - 2 | Selangor | More info |
Sebanyak 10 pertemuan sebelum ini, Kelantan hanya menang 3 perlawanan perlawanan iaitu 2 di Kota Bharu dan satu di Shah Alam. Selangor pula memenangi 2 perlawanan iaitu kedua-duanya di Shah Alam. 5 baki perlawanan lagi menyaksikan mereka hanya mampu seri baik di Kota Bharu mahupun di Shah Alam.
Norshahrul Idlan Talaha bakal menjadi
sandaran utama Kelantan menjelang
pertemuan dengan Selangor minggu depan
Jika dilihat pada prestasi semasa kedua-dua pasukan, Kelantan dilihat mampu memberi saingan yang cukup sengit kepada Selangor meskipun Kelantan dilihat kurang konsisten sebelum ini.
Musim ini, Kelantan bakal mengulangi tahun lalu yang menyaksikan mereka bertemu 4 kali dengan Selangor dan pastinya hanya kemenangan sahaja yang mampu memastikan Kelantan kembali mencipta sejarah dengan menumbangkan Gergasi Merah itu.
Kapten Kelantan,Mohd Badri Radzi(kiri) dilihat semakin menjadi meskipun dirinya
kini sudah dimamah usia dan pada perlawanan penting nanti, beliau antara 'key player.'
Dengan kebangkitan prestasi Mohd Badri Radzi dan Norshahrul Idlan Talaha, Kelantan mungkin tidak akan mengalami masalah yang serius untuk berdepan dengan musuh ketatnya itu.
Ketajaman Norshahrul antara kunci kejayaan
The Red Warriors musim ini meskipun terpaksa
melepaskan tiga tonggak penting pada awal musim.
Norshahrul yang kini telah meledakkan 11 gol daripada 14 perlawanan pasti akan sentiasa dikawal oleh pihak lawan dan beliau pastinya tidak ingin lagi dirinya dikawal ketat seperti mana dikawal pertahanan T-Team tempoh hari.
Benarkah Stadium Sultan Muhammad KeIV stadium keramat Kelantan? ya,,memang betul. Bukan angkuh tetapi begitulah ceritanya musim ini.. Kelantan masih kekal kebal di kubu dengan bantuan sorakan 'wira merah' yang kuantitinya berpuluh-puluh ribu yang sanggup memenuhi setiap pelusuk ruang stadium semata-mata untuk menyokong The Red Warriors 'mereka'.
Kelibat Hardi Jaafar perlu diberi perhatian memandangkan
pemain ini merupakan antara pemain yang cukup berpengalaman
terutama sekali ketika bertemu Kelantan sebelum ini.
Pemain Selangor seperti Hardi Jaafar pastinya akan menjadi senjata sulit K. Devan memandangkan pemain itu antara pemain senior yang cukup berkaliber dalam kem Red Giant itu. Kepakarannya melakukan rembatan dari jarak jauh pastinya memerlukan pengawasan terbaik oleh Khairul Fahmi seandainya Kelantan tidak mahu berputih mata.
Seorang lagi pemain Selangor yang juga merupakan Kapten skuad bolasepak Kebangsaan, Mohd Shafiq Rahim juga mempunyai kemahiran dan teknik permainan yang hampir sama dengan Hardi. Namun, faktor usianya yang masih muda ternyata memberi kelebihan buatnya untuk melakukan yang terbaik berbanding Hardi.
Kebijaksanaan Shafiq Rahim menghidu peluang merupakan
senjata utama miliknya selain beliau memiliki larian yang cukup baik.
Benarkah Stadium Shah Alam Kebal? tidak juga... sebab Kelantan dan T-Team telah pun membuktikan bahawa Stadium SA tidak lagi sekebal era 90-an.. Apa-apa pun, Kelantan perlu berhati-hati andainya ingin bergelar Juara tiga Piala Musim ini....Piala Sumbangsih sudah...Piala FA ? masih Semi final...Liga Super ? masih tangga ketiga...Piala malaysia ? insyaAllah, kita cuba pertahankan.....Aminn...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan