KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 12 September 2013

Tidak Tahu Cuba Pikat Pemain Ikut ‘Pintu Belakang’


KOTA BHARU – Sebuah pasukan yang kini bersaing dalam Piala Malaysia didakwa terlibat dengan perjanjian ‘pintu belakang’ untuk memancing tiga tonggak utama pasukan The Red Warriors.
Menurut sumber, pasukan tersebut telah melakukan perjanjian dengan tiga pemain terbabit bagi mencapai misi mereka untuk menjadi juara dalam saingan Liga Malaysia musim depan.
Katanya, tiga pemain Red Warriors terbabit merupakan tonggak penting yang merencanakan kejayaan gemilang pasukan Kelantan musim lalu di samping mempertahankan Piala FA tahun ini.
“Difahamkan ketiga-tiga pemain ini dikatakan telah bersetuju secara lisan untuk menyarung jersi pasukan berkenaan musim depan.
“Ketiga-tiga mereka dikhabarkan mendapat tawaran ‘lumayan’ daripada pasukan berkenaan,” katanya di sini, semalam.
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Azman Ibrahim ketika dihubungi, enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan berkenaan.
Katanya, belum tiba masa untuk KAFA membincangkan soal perpindahan pemain kerana saingan Piala Malaysia sedang rancak berlangsung.
“Saya khuatir isu ini akan menjejaskan moral dan semangat pemain memandangkan saingan Piala Malaysia sedang berlangsung.
“Apa yang penting buat Kelantan setakat ini ialah memberikan tumpuan sepenuhnya mengharungi perlawanan Piala Malaysia iaitu pertemuan dengan Terengganu dan Pahang minggu hadapan,” jelasnya.
“Sehingga hari ini KAFA hanya ada menerima surat dari dua pasukan yang mahu mendapatkan khidmat pemain The Red Warriors mengikut saluran yang betul.
“Berhubung dengan isu rundingan dengan pemain tidak dapat saya pastikan perkara itu ada berlaku atau tidak,” tegasnya.
Sebuah akhbar tempatan kelmarin melaporkan juara treble musim 2013 itu dilaporkan bakal kehilangan hampir 70 peratus pemainnya yang dikatakan berpotensi berhijrah ke pasukan baharu musim depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular