KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 26 September 2013

Penyokong TRW nafi sebar video




Penyokong Kelantan yang tidak berkesempatan ke Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA boleh berbuat demikian di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baru.
KELAB PENYOKONG RED WARRIORS Kota Baru, (TRWKB) hari ini telah menafikan sengaja memuat turun video perbuatan melampau seorang wanita yang digembar-gemburkan sebagai isteri pemain Darul Takzim, Norshahrul Idlan Talaha di laman YouTube.

Video berdurasi selama 55 saat itu menunjukkan pertengkaran antara seorang wanita yang dipercayai Siti Aisya Adam, 24 dengan seorang pengawal keselamatan di perkarangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTAAS) Subang.
Presiden TRWKB, Mohamed Zainy Mohamed Zain tampil memberi penjelasan apabila terdapat segelintir penyokong Darul Takzim yang  membuat dakwaan bahawa kelab tersebut adalah pihak pertama yang menyebarkan video berkenaan dengan bertujuan menjejaskan moral Norshahrul Idlan atau lebih dikenali sebagai Matyo, sebelum pertemuan suku akhir pertama menentang Kelantan dalam saingan Piala Malaysia Sabtu ini.
Kata Zainy, penyebaran video berkenaan tiada kena mengena dengan perlawanan di antara Kelantan dengan Darul Takzim sebaliknya isu itu menjadi perhatian apabila membabitkan seorang pemain bola sepak terkenal.

“Sebenarnya video ini tidak ada kaitan dengan perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara TRW dengan Darul Takzim Sabtu ini. Video ini menjadi sensasi kerana membabitkan seorang pemain terkenal. Perkara yang sama juga mungkin akan berlaku jika membabitkan pemain Kelantan atau pemain terkenal dari pasukan lain.

   “Persoalannya, bagaimana video ini boleh tersebar perlu ditanya kepada orang yang merakamnya. Malah melalui video itu, kita semua tahu wanita itu sendiri yang merakamnya,” katanya ketika dihubungi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular